Rakaman video yang tular di mana berjaya mencuit hati ramai setelah melihat telatah seekor kucing yang selamba betul naik ke atas motosikal tuan besar dengan tuan kecil pergi jalan-jalan, rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

Sebelum ini, video yang dimuat naik oleh tuan punya kucing ini, Razid Abdul Wahab menjadi tular ketika kita semua geli hati melihat seekor kucing dengan selamba terus melompat naik ke dalam bakul motosikal tanpa mempedulikan tuan kecilnya yang ingin ikut sama jalan-jalan naik motor.

Razid Wahab/YouTube

Memandangkan tuan kecil ada di depan, jadi dia kena duduk membonceng di belakang. Keletahnya yang selamba tanpa membantah hendak ikut juga naik motor memang tidak boleh tahan buat orang gelak.

Patutlah dia ‘genggam seat’ baik punya serupa tidak akan jatuh, sebab dia sudah biasa bergaya profesional macam itu. 

Razid Wahab/YouTube

Kucing comel ini mesti kena ikut tuannya ke mana sahaja dia pergi, pada setiap kali si bulus ini dengar bunyi enjin motor tuannya dihidupkan, sebab dia tidak boleh kena tinggal.

Razid Wahab/YouTube

Kalau tuan kecil tidak mahu ikut atau sedang tidur, biasanya si comel ini akan duduk di dalam bakul depan motosikal itu, seperti pada masa tengah hantar si kakak ini pergi ke sekolah. 

Razid Wahab/YouTube

Dia wajib kena ikut apabila sudah mendengar enjin motosikal tuannya dihidupkan.

Menurut Razid, kelakuannya kucingnya terus berubah tidak mahu berpisah dengannya sejak insiden kehilangannya selama dua hari beberapa bulan yang lalu.

Razid Wahab/YouTube

Syukur si comel ini dapat ditemukan kembali, dan selepas itu dia akan pasti menunggu serta mahu mengikut Razid menaiki motosikal ke mana sahaja destinasinya atau secara santai Razid membawanya bersiar-siar mengambil angin keliling taman perumahan.

Razid Wahab/YouTube

Oleh kerana rasa takut terpisah atau dia ditinggalkan, ketika Razid menghidupkan enjin keretanya juga, si comel pasti akan menjenguk dan mendekati. 

Razid Wahab/YouTube

Pantang Razid mempelawa untuk turut serta keluar berjalan-jalan naik kereta, si comel ini mesti mahu ikut sama.

Razid Wahab/YouTube

Bila dipanggil, dia terus berjalan terkedek-kedek dan kemudian melompat masuk ikut bonet belakang kereta MPV keluarga si comel. 

Razid Wahab/YouTube

Suka benar bila dia dapat berjalan-jalan naik kereta. 

“Kalau tidak layan bawa dia berjalan-jalan dengan motosikal atau kereta, mulalah dia merajuk tunjuk bulu tenggelam ke dalam, muka macam monyet,” kata Razid dalam laman Facebook miliknya.

Ajid A Wahab/Facebook

Apa pun, rasanya payah hendak dapat kucing selamba ‘cool’ suka naik motosikal macam si comel ekor gebu yang satu ini. 

Razid Wahab/YouTube

Bertuahlah Razid sekeluarga kerana si comel ini sememangnya menceriakan suasana dalam apa juga keletahnya.

Tonton video di bawah:

Razid Wahab/YouTube

Razid Wahab/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular