KUALA LUMPUR- Serbuan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah bar di Taman Tun Dr Ismail pada 21 Ogos lalu telah menahan 29 individu kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam serbuan tersebut anak kepada bekas Menteri Besar Kedah dan Anggota Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir juga telah ditahan ekoran berada di tempat itu selepas jam 12.00 tengah malam seperti yang tertakluk di bawah arahan PKPP.

Anak perempuannya, Meera Alyanna Mukhriz atau Ally Mukhriz telah ditahan bersama suaminya dan kesemua pengunjung bar yang ada di situ. Mengakui akan kesilapannya, Ally kemudian mengeluarkan permintaan maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ally ✨ (@ally.mukhriz) on

Status yang ditulis di dalam dua bahasa itu, Ally turut menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada malam 21 Ogos ketika dia ditahan.

Semua 30 pengunjung ditahan dan didenda sebanyak RM1,000 dan Ally mengesahkan bahawa dia dan suaminya telah membayar denda pada hari Selasa lalu (25 Ogos).

Ally juga turut memuji profesionalisme pihak polis dengan mengatakan bahawa, “pegawai polis sangat sopan dan adil terhadap semua orang di sana pada malam itu, dan saya sangat menghormati profesionalisme mereka,”

Ally kemudian mengakui bahawa dirinya “tidak bertanggungjawab” kerana telah melanggar perintah PKPP walaupun negara sedang diancam pandemik COVID-19.  Dia juga mengatakan bahawa dia akan berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular