Satu gempa bumi kuat yang melanda Itali kira-kira empat tahun lalu telah menyebabkan seorang wanita warga emas bernama Dora terpaksa dipindah ke kawasan lain.

Lebih menyedihkan buat Dora, dia bukan hanya kehilangan rumahnya bahkan juga kucing kesayangannya!

Mimma Bei/Facebook

Kekecohan dan kekeliruan ketika bencana itu melanda menyebabkan kucing kesayangan Dora didapati telah hilang dan dia mungkin tidak akan menemuinya lagi.

Namun Mac lalu, seseorang yang mengenali Dora telah berkongsi di laman Facebook bahawa kucing kesayangan milik Dora telah ditemui!

Menurut Mimma Bei, Dora tidak pernah berhenti mencari kucing kesayangannya itu dan tiada siapa yang tahu ke mana kucing jingga itu telah pergi selama beberapa tahun.

Mujurlah kucing Dora itu ditemukan dalam keadaan fizikal yang baik dan sihat walaupun telah hilang dalam tempoh yang agak lama.

Mimma Bei/Facebook

Jelas terpancar kebahagiaan Dora apabila dapat bertemu kembali dengan ‘rakan karibnya’ itu. Begitu juga dengan kucingnya..

Mimma Bei/Facebook

Akhirnya kedua-dua mereka dapat juga disatukan selepas beberapa tahun terpisah. Melihat wajah insan yang disayanginya, sudah pasti ia membawa kegirangan di hati si kucing.

Semoga mereka berdua tidak lagi terpisah hendaknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular