Tidak kira di mana-mana, banjir merupakan antara satu fenomena yang sering terjadi di dunia dan sudah pasti ia membawa seribu satu kedukaan.

Sebagai contoh, bencana banjir di Yaman ketika ini yang telah mengorbankan 130 nyawa dan juga memusnahkan hampir 260 buah rumah.

Dan bayangkan jika kenderaan anda dihanyutkan oleh arus deras ketika banjir. Itulah yang dikongsi menerusi akaun Twitter @24news24hour.

news24hour/Twitter

Menurut sumber, penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut dipercayai adalah keluarga seramai enam orang.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila dilaporkan hanya si bapa sahaja yang terselamat dalam insiden menggemparkan itu.

Laporan mengatakan bahawa pemandu jip tersebut berusaha untuk meneruskan perjalanan melalui arus banjir yang deras.

Paparan Skrin/Twitter

Tetapi akhirnya kenderaan tersebut gagal gagal dikawal dan dilihat seperti terhuyung-hayang dihanyut arus sebelum terbalik.

Difahamkan mayat seorang wanita iaitu si ibu bersama mayat tiga anak kecil berusia enam hingga 13 tahun ditemui di lokasi yang berbeza.

Sementara mayat seorang lagi anak mereka yang berusia 14 tahun masih belum ditemukan.

Jelas sekali memandu melalui kawasan yang banjir adalah satu tindakan yang sangat bahaya. Ia sama seperti memperjudikan nasib dan nyawa, apatah lagi jika bersama keluarga. Dan diharap kita semua boleh mengambil iktibar daripada perkongsian kejadian ini

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular