Sebelum ini kita sudah banyak kali menyaksikan perhubungan baik antara kucing dan anjing yang menjadi sangat akrab. Walaupun peribahasa Melayu menggunakan dua haiwan ini sebagai contoh untuk perhubungan yang sering bertelagah, namun menariknya, perkara yang sebaliknya berlaku apabila dua jenis haiwan ini sudah terbiasa dengan kehadiran masing-masing sejak kecil.

Begitulah yang berlaku dalam hubungan antara Simba dan Thor, seekor kucing berwarna oren yang comel dengan seekor anjing berbaka Labrador.

Sejak pertama kali Thor dibawa pulang ke rumah dan ditemukan dengan Simba, saiz keduanya adalah lebih kurang sama. Dan mungkin kerana ini, mereka berasa selesa dengan kehadiran masing-masing dan gemar bermain bersama.

Walau bagaimanapun, Thor tidak dapat mengekalkan saiznya selama-lamanya kerana Thor merupakan anjing berbaka Labrador. Dalam masa dua tahun sahaja, Thor sudah membesar dari segi saiz dan meninggalkan Simba kelihatan seperti ‘orang kerdil’ disisinya.

Namun kerana sudah terbiasa dengan kehadiran masing-masing, kedua-duanya masih kekal mesra dan langsung tidak kisah dengan perbezaan saiz mereka. Simba yang pada waktu kecilnya kelihatan seperti sering melindungi Thor kini sudah beralih peranan. Thor pula bertanggungjawab ‘menjaga’ Simba dari gangguan!

Hidup bersama selama beberapa tahun menyaksikan kedua-duanya membesar dengan gembira dan tidak pernah dilanda kebosanan. Jika semasa kecilnya Thor sering bermain-main dengan ekor Simba, kini giliran Simba pula yang gemar bermain dengan ekor Thor kerana saiz Thor yang jauh lebih besar berbandingnya.

Walaupun kini mereka sudah dewasa, namun keakraban antara keduanya masih utuh. Thor masih gemar meletakkan tangannya di atas Simba ketika mereka sama-sama beristirehat. Kemana-mana sahaja, apa-apa aktivitipun, mereka akan bersama!

Memang comel sungguh persahabatan antara Simba dan Thor ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular