Bintang utama ‘Black Panther’ aktor Chadwick Boseman meninggal dunia setelah bertarung memerangi kanser kolon selama empat tahun. Mendiang Chadwick Boseman berusia 43 tahun.

Chadwick Boseman meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama isteri dan ahli keluarganya berada di sisi, demikian menurut jurucakap keluarga, Nicki Fioravante.

“Pejuang sejati, Chadwick bertahan melalui semua itu dan melakonkan semua watak dalam filem yang sangat anda sukai,” kata keluarganya dalam satu kenyataan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chadwick Boseman (@chadwickboseman) on

“Dari Marshall hingga ke Da 5 Bloods, Ma Rainey’s Black Bottom dan banyak lagi, kesemuanya difilemkan pada masa mendiang menjalani pembedahan dan kemoterapi yang tidak terkira banyaknya,” kata jurucakap keluarga Boseman.

“Ini adalah penghormatan dalam kariernya untuk menghidupkan King T’Challa dalam Black Panther,” kenyataan itu memetik.

Pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon turut disahkan di laman Twitternya.

Boseman didiagnos menghidap kanser kolon pada tahun 2016. Penyakit itu telah merebak pada Tahap 4 baru-baru ini, demikian menurut makluman ahli keluarga.

“Pihak keluarga mengharapkan iringan doa dan kasih sayang anda semua dengan terus menghormati privasi mereka selama mengharungi masa yang amat sukar ini,” kata jurucakap keluarga Boseman.

Perincian lain mengenai sebab kematian Chadwick Boseman tidak diperjelaskan lebih lanjut.

Menurut Mayo Clinic, kanser kolon biasanya menyerang orang dewasa yang lebih tua, walaupun ia boleh berlaku pada semua peringkat usia. Biasanya bermula sebagai benjolan sel kecil yang bukan kanser yang dikenali sebagai ‘polip’ yang terbentuk di bahagian dalam usus besar. Lama kelamaan beberapa polip ini boleh membentuk kanser kolon, sekiranya pemeriksaan perubatan untuk mengesannya tidak dilakukan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular