Bagi menzahirkan jiwa Malaysia, pihak McDonald’s Malaysia memutuskan untuk melaksanakan kempen dengan memasang papan tanda ‘Mekdi’.

Ia merupakan singkatan untuk panggilan tempatan terhadap syarikat rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia berkenaan.

“Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali memperkenalkan papan tanda itu di restoran kami di Bukit Bintang tahun lalu”, kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmir Jaafar (@azmirjaafar.mcd) on

Ia jelas menunjukkan bahawa Mekdi agak sinonim dengan masyarakat di negara ini. “Jadi kali ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat di seluruh negara dengan menukarkan McDonald’s kepada Mekdi.

Tambah ketika melancarkan papan tanda Mekdi di Putrajaya, semua 16 restoran tersebut dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia menerusi undian yang dijalankan sebelum ini.

Bukan itu sahaja. Syarikat itu juga muncul dengan menu Malaysia istimewa iaitu rendang ayam sebagai hidangan sampingan bersama nasi lemak.

Instagram

Ianya ditawarkan sehingga akhir bulan September.

Atau pelanggan juga boleh memilih set Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe ataupun kepingan Grilled Chicken Burger (GCB), yang boleh dinikmati hingga 9 September.

Untuk pencuci mulut pula, orang ramai boleh menikmati keenakan pai jagung, ais krim perisa cendol atau McFlurry Cendol baharu yang dihasilkan bersama gula Melaka, kelapa dan juga cendol.

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES

Video Popular