Setakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebanyak 73 kes positif COVID-19 telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk. 

Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Pixabay /Gambar Hiasan

Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan kematian.

Kluster ini merebak di empat daerah di Kedah dengan Kuala Muda paling tinggi iaitu 26 kes, Baling 20 kes, Kulim 15 kes dan Sik 1 kes. Kluster ini juga dikesan di Pulau Pinang melibatkan Timur Laut dengan 6 kes, Barat Daya 4 kes dan Seberang Prai Utara 1 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengesyaki kluster ini melibatkan strain mutasi D614G tetapi pengesahan hanya boleh dibuat selepas ujian makmal dijalankan.

Sebelum ini, KKM telah mengesan strain mutasi D614G dalam tiga kes dari Kluster PUI Sivagangga yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks serta satu kes dari Kluster Bukit Tiram yang merupakan warga Filipina. Kluster Bukit Tiram telah diisytiharkan tamat pada 26 Ogos.

South China Morning Post pernah melaporkan hanya dua negara di Asia Tenggara yang mengesan strain mutasi D614G iaitu Malaysia dan Filipina.

Strain mutasi ini dikatakan berasal dari Eropah dan merebak sehingga menjadi ‘super spreader’ di Pakistan dan India. Namun, kekuatan strain (virulence) dikatakan sama seperti strain biasa tetapi ia cepat merebak dan tinggi ‘viral load’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular