RAWANG – Akibat ditembak secara tidak sengaja oleh pengawal keselamatan, seorang pegawai bank cedera parah di institusi kewangan yang terletak di Jalan Bandar Baru Rawang 2 pada 27 Ogos lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, kejadian itu difahamkan berlaku sekitar jam 1:30 tengah hari di dalam bilik pengurus.

Tambah beliau, siasatan mendapati dua orang pengawal keselamatan dipercayai cuai ketika mengendalikan senjata api jenis ‘pump gun’ tersebut.

“Tembakan berkenaan telah menyebabkan mangsa yang berumur 57 tahun itu mengalami kecederaan di lengan kiri”.

Mangsa kemudian difahamkan dikejarkan ke Hospital Selayang dan dirawat di zon merah dan kini berada dalam keadaan stabil.

Siasatan mendapati suspek bekerja di bank tersebut sejak bulan Januari 2019 dan memiliki lesen ‘Carry & Use’ senjata api.

Pihak polis walau bagaimanapun telah merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua pengawal.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular