Kita kadangkala tidak sedar, sebenarnya ramai orang baik dalam Malaysia yang tidak mengharapkan apa-apa balasan selepas melakukan kebaikan.

Contohnya ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh seorang peniaga untuk mendapat balasan kemurahan rezeki daripada hati yang murni dengan sekali-sekala bertindak untuk menceriakan hari orang lain.

Marcus merupakan seorang penjual sushi dari Taman Bukit Anggerik telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai seorang budak lelaki yang telah datang ke premisnya untuk membeli beberapa keping sushi untuk ibunya.

Pexels/ Gambar Hiasan

Dalam catatan itu, dia menjelaskan bahawa budak lelaki itu datang ke kedainya dengan secara bertanggungjawab dan berhemah ketika mengisi maklumat di dalam buku log walaupun sebelum itu dia telah terjatuh. 

Marcus menambah walaupun baru terjatuh berdekatan kedainya, dia bangkit dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Tuan kedai sushi bertanya kepada budak ini, berapa orang yang datang bersamanya supaya dia dapat mengatur meja tetapi jawapannya benar-benar mencairkan hati.

Katanya, “Saya datang sendiri untuk membeli sushi untuk ibu. Dia telah bekerja keras, jadi saya hanya ingin membelanjanya makan.”

Tepat ketika menyangka keadaan itu sudah cukup manis dan menyentuh hati, apa yang berlaku seterusnya membuktikan sangkaan mereka salah. Ketika budak lelaki itu ingin membayar sushi, bilnya berharga RM17.15 tetapi dia hanya membawa wang RM16.00.

Marcus kemudian mengatakan tidak mengapalah dan dia menolak bayaran tambahan RM1.15 dengan memberi budak itu diskaun.

Spontan budak lelaki itu menjadi sungguh gembira lalu dengan sopan mengucapkan berbanyak terima kasih.

Sebenarnya ada 2 wira dalam kisah ini, seorang anak yang baik terus menyimpan wang saku demi memberikan ibunya layanan yang baik. Dan seorang lagi adalah Marcus yang pemurah dan baik hati kerana memberi diskaun harga sushi kepada budak lelaki itu. 

Di harap kisah mereka dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melakukan kebaikan setiap hari.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular