Sebuah kamera yang dipasang bagi memantau keadaan lalu lintas jalan raya di Queensland, Australia sebaliknya merakamkan keletah burung nuri.

The Independent/Facebook

Kamera yang dipasang di Jalan Murgatroyd, Utara Queensland itu berjaya merakamkan aksi burung nuri bewarna putih yang dilihat bertenggek sebelum memunculkan mukanya di hadapan lensa.

Berikut merupakan video penuhnya :

The Independent/Facebook

Menurut Dr Adrian Gallagher, burung nuri tersebut mungkin melihat bayangannya sendiri di lensa kamera.

“Dalam situasi seperti ini, mungkin burung itu mempunyai rasa ingin tahu atau mungkin teruja melihat dirinya di lensa kamera”.

The Independent/Facebook

Tambah beliau, melihat kepada keletah burung berkenaan, burung itu mungkin sedang ‘berkomunikasi’ menerusi beberapa cara.

The Independent/Facebook

“Burung adalah haiwan yang bersosial dan mengenali antara satu sama lain. Seperti manusia, mereka juga memiliki rakan-rakan yang lain”.

Sehingga kini, rakaman tersebut telah menerima lebih 30,000 reaksi daripada pengguna Facebook. Berikut sebahagian komen daripada mereka :

Err.. Mungkin juga burung ini ‘melindungi’ pesalah trafik?

The Independent/Facebook

Kalau ada mikrofon, bolehlah juga kita tahu apa yang burung ini mahukan..

The Independent/Facebook

“Hei, saya ada bakat juga ya!”

The Independent/Facebook

Bersahaja nampaknya burung itu di hadapan lensa, langsung tidak menunjukkan reaksi yang pelik-pelik. Nampak gayanya, sekali lagi burung itu muncul pada hari yang berbeza. 

“Kamera ini saya yang punya..”

Department of Transport and Main Roads/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular