Ibu bapa yang bertanggungjawab tidak sepatutnya meninggalkan anak kecil mereka tanpa pengawasan. Seperti bayi yang menjenguk secara bebas dari tingkap pangsapuri terbuka luas di Nadym, Rusia ini.

Bayi lelaki ini sama sekali tidak menyedari akan bahaya yang menanti kerana dia hanya seorang anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan masih belum dapat berfikir dengan baik.

Micheal Andreas/Facebook

Dia dengan jiwanya yang bebas melihat dan menjenguk keluar tingkap yang terbuka tanpa berasa takut.

Bayi berusia dalam lingkungan 5 hingga 6 bulan ini tidak menunjukkan tanda-tanda ketakutan semasa menurunkan badannya ke bawah tingkap dari pemandangan ketinggian gerun melampau buat anak kecil.

Micheal Andreas/Facebook

Bayi yang dibiarkan tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Dengan tiada seorang pun dari dalam rumah itu yang muncul dengan pantas dan cuba menghalangnya daripada kemungkinan terjatuh.

Ketika bayi itu menyandarkan badan keluar dari tingkap pangsapuri tingkat enam yang terbuka luas dan menjenguk ke bawah dengan perasaan gembira.

Micheal Andreas/Facebook

Nasib baik ada orang yang melalui kawasan pangsapuri itu terlihat aksi anak kecil ini dalam keadaan yang sangat membahayakan.

Tetapi dia tidak boleh menghentikan bayi itu dengan serta-merta kerana berada jauh dari tempat kejadian.

Jadi dengan segera dia telah memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk menyelamatkan si kecil.

Micheal Andreas/Facebook

Satu langkah yang salah akan mencetuskan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.

Penyelamat cuba mencapai bayi ini dan berkata sesuatu untuk mengalih perhatiannya daripada terus berada di tepi tingkap pada ketinggian yang membahayakan.

Micheal Andreas/Facebook

Akhirnya mereka meletakkan tangga tinggi untuk mencapai anak itu.

Bayi itu bergerak ke hadapan dan kemudian berganjak dari tingkap terbuka itu setelah melihat seorang penyelamat sedang menuju ke arahnya.

Micheal Andreas/Facebook

Nasib baik anggota penyelamat berjaya mendapatkan bayi ini dan menyelamatkannya daripada terjatuh tepat pada waktunya!

Micheal Andreas/Facebook

Siapa yang difikirkan bertanggungjawab dalam insiden seperti ini apabila kita menyangka setiap anak kecil mempunyai ibu bapa atau penjaga yang sentiasa menjaga mereka?

Tonton video di bawah:

Micheal Andreas/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular