Semua sedia maklum akan pemakaian pelitup muka adalah wajib bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

Terutamanya jika seseorang itu berada di kawasan tumpuan awam. Jika lama di luar, maka lama jugalah seseorang itu perlu memakai pelitup muka.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa pemakaian pelitup muka yang tidak sesuai dengan kulit, maka ia akan membawa kepada masalah alahan pula.

Malah, pengusaha farmasi dan juga kedai ubat tradisional juga mendapati bahawa terdapat peningkatan terhadap pembelian produk muka berkait dengan masalah alahan.

Misalnya sebuah farmasi di Sibu mengatakan bahawa kebelakangan ini, terdaapt peningkatan pembelian ubat bagi masalah alahan kulit dan juga pada hidung.

“Kami tidak boleh salahkan pelitup muka secara keseluruhannya, namun bilangan pelanggan membeli ubat kerana mengalami alahan telah meningkat”.

Ini kerana terdapat pelbagai jenis pelitup muka yang berada di pasaran sekarang dan sudah pasti pengguna membeli pelitup muka mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut pekerja di sebuah kedai perubatan, ramai pelanggan kedainya yang membeli ubat kerana terdapat ruam dan juga jerawat pada kulit ekoran pemakaian pelitup muka.

Oriental Daily

“Selain kurang selesa ekoran tali pelitup muka yang agak ketat, pelanggan saya juga mengalami reaksi alahan di bahagian yang tertutup jika memakai pelitup muka”.

“Ia menyebabkan alahan pada hidung dan juga keradangan. Ternyata penggunaan sesetengah jenis pelitup muka menjadi punca. Bahannya mungkin sensitif dan memicu alahan”, katanya.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihati agar tidak membeli pelitup muka daripada pembekal atau pengedar yang tidak diketahui. Ini kerana, penghasilannya mungkin tidak menepati spesifikasi.

LOIC VENANCE/AFP via Getty Images

Persekitaran dalam menghasilkan pelitup muka itu juga haruslah bersih dan diyakini, ia tidak boleh terdedah dengan masalah pencemaran, khasnya ketika proses pengangkutannya.

Belilah pelitup muka yang dihasilkan oleh syarikat yang diyakini dan elakkan terpengaruh untuk melakukan pembelian pelitup muka secara banyak, terutamanya jika ianya jauh lebih murah.

Jika mahu membeli banyak untuk simpanan stok, pastikan anda tahu kualiti pelitup muka berkenaan terlebih dahulu ya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular