Meninggalkan butiran peribadi seperti nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis atau kedai adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan normal baharu sekarang, bukan?

Semua pasti sudah terbiasa. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memudahkan usaha pihak berwajib jika berlaku penularan wabak COVID-19.

Tetapi ia juga nampaknya membawa kepada masalah lain, iaitu gangguan ataupun ancaman serta bahaya.

Malang bagi seorang wanita ini apabila maklumat peribadi iaitu nombor telefonnya diambil oleh individu tidak bertanggungjawab lalu mengganggunya.

Nurhas Nhz/Facebook

Insiden itu dikongsi Nurhas Nhz di laman Facebook, apabila dia menerima beberapa mesej dan juga panggilan telefon oleh warga asing selepas meninggalkan nombor telefonnya di pasaraya di Selayang.

Menurut Nurhas, pada 17 Mei lalu sekitar jam 5 petang, dia dan suami telah ke pasaraya NSK Selayang untuk membeli barangan dapur.

Seperti biasa, pemeriksaan suhu dibuat sebelum memasuki premis selain mengisi nama dan nombor telefon. Nurhas difahamkan berjalan asing dengan suami namun tidaklah begitu jauh antara satu sama lain.

Kemudian jam 5:40 petang, dia menerima panggilan daripada Whatsapp. “Aku tanya dia siapa sebab nombor tak kenal. Dia cakap nak kenal dengan aku dan dia beritahu dia ambil nombor dalam Facebook”, tulis Nurhas.

Dia kemudian terus mematikan telefon bimbitnya dan memberitahu suami. Berdasarkan suara, Nurhas percayai individu itu adalah warga Nepal. “Suami terus cakap mungkin Nepal (pekerja NSK) kat depan tadi kot”.

Nurhas Nhz/Facebook

Malas untuk terus memikirkannya, Nurhas memutuskan untuk menyimpan sahaja telefon bimbitnya di dalam beg tangan dan meneruskan pembeliannya.

Banyak kali juga individu itu membuat panggilan video! Berani betul individu itu tersebut dan malang buat wanita itu, gangguan berkenaan tidak berakhir di situ sahaja.

Esoknya, lelaki itu sekali lagi membuat panggilan suara dan juga secara video. Dia terus mengganggu Nurhas walaupun tidak mendapat respon darinya dan mengaku bahawa dia ‘mencuri’ nombor Nurhas daripada pasaraya.

Pagi keesokan harinya, Nurhas dan suami difahamkan membuat laporan polis dan setelah itu mereka pergi ke pasaraya terbabit untuk berjumpa dengan pengurus.

Nurhas Nhz/Facebook

Staf di NSK berkata bahawa tiada pekerja bernama Ahmad di situ dan meminta resit pembelian sebagai bukti pasangan itu pergi ke sana. Mujurlah Nurhas masih menyimpan resit pembelian.

Suami Nurhas kemudiannya meminta izin pihak NSK untuk melihat rakaman CCTV bagi memastikan siapa gerangannya individu terbabit. NSK memberi izin namun tidak boleh merekod rakaman CCTV itu.

Setelah melihat, jelas bahawa ianya tidak dilakukan oleh kakitangan NSK. “Aku minta maaf kerana buat report mengatakan staf NSK”, tulis Nurhas.

Menurut suaminya, terdapat dua orang warga asing (muka tidak begitu jelas) yang memerhatikan Nurhas pada hari kejadian dan cuba berjalan di tepinya. Dia juga mengambil nombor Nurhas!

Nurhas Nhz/Facebook

Kata Nurhas, ketika lelaki itu menghubunginya pada jam 5:39 petang, rakaman CCTV jelas menunjukkan lelaki itu berada dekat dengannya.

Dan sewaktu Nurhas menjawab panggilannya pada jam 5:40 petang, lelaki itu masih lagi berada berhampiran. Ternyata, dia mengikuti sahaja pergerakan Nurhas.

“Dah nampak aku berdua dengan suami memilih barang tapi masih ikut dan dia tidak membeli apa-apa barang. Cuma hanya ikut dan perhatikan aku. Sampai keluar NSK pun masih ikut”.

Mujurlah suaminya ada bersamanya. “Kalau tak ikut, tak tahu apa akan jadi dan kebetulan kereta takde parking dekat hujung-hujung”.

Nurhas Nhz/Facebook

“Kalau aku seorang pada masa itu, aku tak dapat bayangkan apa yang akan jadi!!”, tulisnya yang sempat memesan kepada semua wanita agar meminta sesiapa untuk teman sekiranya berada di luar.

“Tolong berhati-hati. Ajak lah suami atau sesiapa untuk teman kita. Jangan keluar seorang, tolong!”, akhiri wanita itu. Jadi, lebih berhati-hati ya semua selepas ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular