Malaysia sememangnya unik, di mana masyarakat berbilang bangsa hidup dengan begitu harmoni dan ia semestinya adalah sesuatu yang perlu dikekalkan.

Bersempena bulan kemerdekaan, kami ingin berkongsi kepada anda beberapa kisah yang pastinya memberi inspirasi buat kita semua agar lebih menghargai keharmonian yang dikecapi.

Menerusi tweet oleh @hanifjamals, pengguna tersebut meminta pengguna Twitter untuk berkongsi pengalaman tentang keindahan kemajmukan budaya dan bangsa yang ada di Malaysia.

Dalam banyak-banyak perkongsian, kisah tentang seorang gadis yang juga merupakan pelajar yang kehilangan dompet di stesen KTM Mid Valley mendapat perhatian ramai.

Menurut Aida, ekoran berasa sedih, dia menangis mengenangkan dompetnya yang hilang kerana berasa ianya tidak mungkin akan dijumpai lagi.

Namun semuanya berubah apabila dia menerima mesej daripada seorang lelaki bernama Navin Raj yang mengatakan bahawa dia menjumpai beg tangan Aida dan masih menyimpannya.

Kemudian pada keesokan harinya, Navin sekali lagi meninggalkan mesej bahawa dia telah pun menyerahkan dompet gadis tersebut ke Balai Polis Sunway.

@hanifjamals/Facebook

Lebih mengharukan, Navin sempat juga memesan kepada Aida agar berhati-hati di lain hari dan sentiasa menjaga diri.

“Terima kasih, saya risau sebab saya pelajar. Semua kena gunakan bank. Nasib baik ada orang baik macam awak”, balas Aida.

“Takdelah, saya hanya buat apa yang patut. All the best!”, balas pemuda jujur itu sekali lagi.

@hanifjamals/Facebook

Tambah Aida, wang dan barangan di dalam dompetnya langsung tidak hilang. Bertanggungjawab betul Navin, bukan?

Berasa kagum dengan sikap Navin, Aida berkata bahawa tindakan buruk seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri dan bukannya berdasarkan kaum. Betul 100%!

Banyak lagi sebenarnya kisah yang memberi inspirasi buat kita semua, anda bolehlah baca di bawah :

Indahnya begini.. Mari sama-sama kita kekalkan ya!

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular