Baru-baru ini tular rakaman menunjukkan seorang anggota polis trafik dilihat menendang seorang penunggang motosikal.

Tindakan yang difahamkan berlaku di Sibu, Sarawak itu sekaligus menyebabkan penunggang terbabit jatuh daripada motosikalnya.

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu, anggota polis terbabit kelihatan jelas menendang penunggang sebuah motosikal yang secara tiba-tiba melakukan pusingan U.

Isu Semasa Online/Facebook

Sebelum itu, terdapat beberapa lagi penunggang motosikal yang menghampiri sekatan anggota polis yang bertugas pada ketika itu.

Anggota berkenaan dilihat seperti meminta mereka untuk berhenti sebelum salah seorang daripadanya bertindak melakukan pusingan.

Melihat penunggang itu seperti mahu melepaskan diri, muncul seorang lagi anggota yang bertindak pantas berlari menuju ke arah mangsa lalu menendangnya.

Isu Semasa Online/Facebook

Setelah ditendang, penunggang tersebut dilihat bangun berdiri semula dan mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan bahawa anggota yang menendang itu sedang disiasat. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, tindakan tegas akan diambil.

“Setakat ini, kami sedang menyiasat perkara ini. Tindakan akan diambil sekiranya pegawai tersebut didapati cuai dengan tindakannya”.

Isu Semasa Online/Facebook

“Dan bertindak agresif semasa menjalankan tugasnya”, tambah beliau lagi. Mengulas lanjut, siasatan mendapati penunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Manakala cukai jalan motosikalnya itu pula telah tamat. “Penunggang motosikal itu juga akan dikenakan sama kerana menunggang di laluan bertentangan dan mengubah suai ekzos”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular