Sedih apabila melihat keindahan alam sekitar dicemari dengan sisa buangan, bukan? Walau masih ramai yang sudah mempunyai kesedaran namun ada sahaja individu yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

Melihat kepada perkara itu, seorang pemuda berasal dari Belanda, Boyan Slat telah menubuhkan The Ocean Cleanup – mengeluarkan sisa pencemaran di lautan.

The Ocean Cleanup/Twitter

Bukan itu sahaja, organisasi tidak berasaskan keuntungan itu juga bertindak memintas sisa buangan di peringkat sungai agar ia akhirnya tidak mencemari lautan.

Idea penubuhan itu mula didapati oleh Boyan apabila dia bercuti di Greece ketika berusia 16 tahun, di mana dia melihat lebih banyak sampah berbanding ikan ketika aktiviti selaman.

 

Ianya diberi nama Interceptor, 100% bertenaga solar, mengeluarkan plastik daripada sungai secara autonomi dan mampu beroperasi di mana-mana sungai yang paling tercemar di dunia.

Dan ianya juga telah menjalankan operasi di Klang, Malaysia. Kotornya!

Dia kemudian muncul dengan idea untuk mencipta vakum pembersih yang besar untuk menyedut sisa buangan khasnya plastik di lautan.

Pada tahun 2018, Boyan memulakan projek The Ocean Cleanup di bahagian Utara Lautan Pasifik – terletak di antara Hawaii dan California.

“Sistem pembersihan lautan kami akhirnya dapat menangkap plastik, daripada jaring ‘hantu’ satu tan hingga mikroplastik kecil!”, tulis Boyan di laman Twitter miliknya.

Kira-kira 600,000 hingga 800,000 metrik tan alatan pancing dianggarkan telah ditinggalkan atau hilang di lautan setiap tahun. Manakala sebanyak 8 juta tan sisa plastik pula dihanyutkan dari pantai.

Arus laut telah menyatukan sejumlah besar sisa berkenaan di kawasan antara Hawaii dan California, yang menjadi pusat pengumpulan plastik di lautan terbesar di dunia.

 

Dengan kedua-dua usaha (mengutip sisa plastik di sungai sebelum masuk ke laut dan juga operasi vakum di lautan) yang dilakukan oleh Boyan ini, diharapkan agar tiada lagi pencemaran di lautan.

Bukan itu sahaja, kita juga harus bersama-sama untuk menghalang aktiviti pembuangan sampah di sungai mahupun di laut. Syabas atas usaha anda Boyan!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular