Setiap syarikat atau jabatan biasanya akan mempraktikkan amalan kerja yang tidak sama antara satu sama lain.

Keadaan ini adakalanya membuatkan berlakunya kejutan budaya terutama oleh mereka yang datang dari luar negara. Melihat amalan atau rutin kerja penduduk tempatan pastinya akan membuatkan mereka muncul dengan pelbagai persoalan.

Sama juga lah keadaan itu dengan seorang pemuda dari Jepun yang ditugaskan untuk bekerja di Vietnam. Pemuda bernama Yamada Annettai itu menceritakan kisah tersebut di laman Twitter miliknya bersama dua buah gambar.

@taka3206/Twitter

Apa yang berlaku ialah ketika waktu makan tengah hari rakan-rakan sekerjanya akan menanggalkan kasut dan stoking mereka seterusnya baring di atas lantai pejabat untuk tidur dan berehat.

Tidak hanya itu, ramai juga antara mereka yang membawa tikar sendiri untuk tidur semasa waktu rehat. Menurut Yamada perkara itu adalah perkara biasa yang dilakukan di Vietnam.

Namun begitu, setiap kali dia berjalan di pejabat pada waktu begitu dia sering merasakan dia sedang berada di hospital atau rumah mayat apabila melihat ramai yang sedang terbaring dalam keadaan sunyi sepi.

@taka3206/Twitter

Jika di Jepun persekitaran kerja mereka sering membuatkan pekerja mengalami tekanan dan tidur di pejabat pada waktu tengah hari adalah sangat jarang berlaku.

Selepas Yamada memuat naik status dan gambar tersebut ramai netizen Jepun memberikan respons.

@taka3206/Twitter

Sebilangan orang mengatakan bahawa “budaya tidur siang itu adalah sesuatu bagus”,

Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan

“Saya juga mahu melakukannya” dan ada juga yang mengatakan bahawa dia akan bekerja dengan efisien sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular