Jika burung membina sarang pada kenderaan milik anda, apa yang bakal anda lakukan agaknya? Pernahkah anda terfikir?

Putera Mahkota Dubai walau bagaimanapun, dipuji netizen ekoran sanggup membiarkan sepasang burung membina sarang di cermin hadapan kereta miliknya.

Di Instagram, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ada memuat naik satu video putaran masa ataupun ‘time-lapse’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazza (@faz3) on

faz3/Instagram

Ia jelas menunjukkan tentang apa yang berlaku pada kenderaan jenis Mercedes Benz yang dimilikinya.

“Kadang kala perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita adalah lebih daripada cukup”, tulis Putera Mahkota itu pada video yang dimuat naik.

Baginda juga enggan untuk menggunakan keretanya itu setelah melihat pasangan burung terbabit membina sarang.

Ini kerana burung itu telah menetaskan telur di dalam sarang berkenaan.

faz3/Instagram

Keputusan itu dibuat baginda ekoran tidak mahu pasangan burung tersebut berasa terganggu dan barangkali berupaya mengancam nyawa anak-anak burung itu kelak.

Bukan itu sahaja, malah baginda turut sempat melekatkan pita berwarna merah pada kereta miliknya itu agar orang lain akan lebih berhati-hati apabila berada berdekatan.

faz3/Instagram

Perkongsian itu ternyata menyentuh hati netizen yang mengagumi sikap terpuji yang ditunjukkan :

faz3/Instagram

faz3/Instagram

Sehingga kini, rakaman video tersebut telah menerima lebih daripada 2 juta like di Instagram.

Semoga sikap terpuji ini turut sama-sama kita aplikasikan dalam kehidupan kita juga ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular