Kebanyakan anjing memang sukakan cara hidup yang aktif dan sudah tentulah, aktiviti bermain! Mereka mahukan aktiviti agar tidak berasa bosan duduk di rumah.

Hakikat itu sememangnya sudah kita sedia maklum sebenarnya. Tetapi bagaimana pula haiwan yang lazimnya kita lihat agak pasif seperti kura-kura?

Adakah mereka suka bermain?

Foto hiasan/Pixabay

Apa kata kita lihat aktiviti bermain bola antara seekor anjing dengan rakannya, iaitu seekor kura-kura menerusi video di bawah :

Video berdurasi lebih seminit itu jelas memperlihatkan kura-kura yang kita selalunya lihat berjalan perlahan itu, berlari mengejar bola!

Bukan itu sahaja, nampaknya kura-kura itu juga agak handal menolak bola – tidak pasti pula sama ada menggunakan tangannya atau kepala.

Ovidiu Roset/Facebook

Jangan terkejut sebenarnya sama seperti anjing, kura-kura juga sukakan waktu bermain dan lazimnya mereka lebih gemar bermain sendirian.

Namun itu tidak bermakna mereka tidak suka bermain bersama rakan haiwan yang lain dan juga manusia sebenarnya. Mereka sangat suka interaksi ketika waktu bermain bersama.

Ovidiu Roset/Facebook

Atau mungkin sebenarnya kura-kura ini fikir bahawa bola itu merupakan kura-kura, memandangkan corak pada bola itu lebih kurang dengan corak pada cangkerangnya? Entahlah…

Apa pun, mereka berdua ini sangat comel ketika menghabiskan masa dengan bermain bersama. Semoga ianya dapat menceriakan hari anda.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular