Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah tahu akan kewujudan nasi kacang merah. Namun, bagi sesetengah orang nasi kacang merah adalah makanan yang sering mereka nikmati sejak kecil lagi.

Makanan ini adalah antara hidangan tradisonal yang sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan kebaikan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat makanan ini juga mudah didapati antaranya ialah beras pulut, kacang merah dan sedikit perasa tambahan.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Mungkin ramai yang baru tahu tentang makanan sihat ini. Jadi, buat anda yang baru tahu berikut adalah beberapa kebaikan nasi kacang merah yang boleh diperolehi:

Dari sudut pandangan pakar

Pakar perubatan Cina, Zhu Yali menunjukkan bahawa beras pulut memiliki khasiat ynag baik terutama kepada organ dalaman seperti limpa dan perut. Kacang merah pula elok untuk menghangatkan badan. Jadi menu ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai limpa dan perut yang lemah. Ia juga sedap dimakan ketika hari hujan yang dingin!

Dari sudut khasiat yang ada

● Anti-barah, anti-pengoksidaan

Kacang merah berwarna merah kerana ianya kaya dengan polifenol. Polifenol mempunyai elemen anti-oksidan yang tinggi. Pakar perubatan juga mengatakan bahawa kacang merah merupakan makanan anti-barah yang baik. Semasa memasak nasi kacang merah, gunakan sup kacang merah untuk meningkatkan kandungan polifenol.

● Membekal semula tenaga dan melegakan keletihan

Nasi kacang merah kaya juga dengan vitamin B yang boleh membantu mengubah karbohidrat menjadi kalori, menambah tenaga yang diperlukan oleh badan serta dan mengurangkan keletihan.

● Mencegah anemia

Salah satu penyebab berlakunya anemia dalam kalangan wanita ialah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jadi, untuk mencegah masalah tersebut makanlah nasi kacang merah kerana ia kaya dengan zat besi dan asid folik yang dapat membantu mencegah anemia.

● Memperbaiki edema

Kalium yang terkandung dalam kacang merah dapat membantu menghilangkan natrium dan air yang berlebihan di dalam badan. Ia bukan hanya membantu wanita mengurangkan edema, tetapi dapat juga membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Bagi anda yang mahu cuba masak sendiri hidangan ini, berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak:

Untuk membuat nasi kacang merah enak dan berkhasiat, anda perlu memperhatikan beberapa cara memasak. Pakar penyelidikan makanan dan pakar pemakanan, Yasuko Horie telah memperkenalkan kaedah tradisional untuk memasak nasi kacang merah.

Bahan-bahan (untuk 5-6 orang): 3 cawan beras pulut (600 ml), 1/3 cawan kacang merah, beberapa bijan hitam mengkut kesesuaian dan garam secukup rasa.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Cara-caranya:

1. Basuh beras pulut selama satu jam lebih dan rendamnya di dalam air dan biarkan.

2. Basuh kacang merah dan masukkan ke dalam periuk, tambahkan 4 cawan air. Masak kacang dengan api yang besar sehingga mendidih. Setelah mendidih, masak lagi selama 50 minit dengan api yang sederhana. Tambah air jika mahukan kacang menjadi lebih lembut.

3. Setelah kacang merah lembut, angkat dengan asingkan. Kemudian, masukkan 360ml sup kacang merah (air rebusan) iaitu kira-kira 60% daripada kuantiti beras pulut.

4. Keluarkan beras pulut yang direndam tadi.

Gambar Hiasan/Photo-AC

5. Masukkan setengah sudu garam ke dalam sup kacang merah, nyalakan api, masukkan beras pulut, kacau dan biarkan beras pulut menyerap sepenuhnya sup kacang merah.

6. Masukkan kacang merah yang telah direbus lembut dan gaul perlahan dengan beras pulut. Gaulkan dengan hati-hati supaya kacang tidak pecah.

7. Buka kain yang digunakan untuk mengukus dan letakkan nasi yang telah digaulkan tadi di bahagian tengah kain tersebut. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Setelah dikukus, masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan bijan hitam di atasnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular