Media China melaporkan pada 24 Ogos bahawa raja perut besar termuda dalam sejarah dikenali sebagai Peiqi telah digunakan oleh ibu bapanya untuk menjana wang di platform media sosial, dengan menyatakan bahawa kanak-kanak ini baru berusia 3 tahun, tetapi dia dipaksa makan oleh ibu bapanya sehingga berat badannya meningkat kepada 35 kilogram.

Kanak-kanak perempuan ini mengalami obesiti sehingga ia telah menarik perhatian dan kebimbangan para netizen akan tahap kesihatannya.

Menurut laporan, setelah ibu bapa Peiqi secara tidak sengaja memuat naik rakaman anak perempuan mereka sedang makan di internet, keluarga itu tiba-tiba menjadi popular dan mendapat perhatian dengan peluang menjana wang serta perniagaan. 

Selepas insiden secara tidak sengaja itu, mereka telah mengatur agar anak kecil ini makan pelbagai makanan setiap hari sambil membuat rakaman dan memuat naiknya ke laman media sosial untuk tontonan umum secara langsung.

Ibu Peiqi malah telah mendaftarkan akaun khusus untuk anak perempuannya, dan beberapa video makan secara langsung Peiqi telah meraih sehingga 556,000 tontonan.

Video pertama Peiqi makan dengan berselera telah dimuat naik buat pertama kali untuk tontonan umum pada 19 Oktober 2018, ketika anak ini baru berusia satu setengah tahun. Pada masa itu, beberapa netizen meninggalkan komen dengan mengatakan, “Melihat dia makan sungguh menyelerakan.”

Sejak itu, ibu bapa Peiqi terus membiarkan anak perempuan mereka makan pelbagai makanan, seperti ayam goreng, burger, minuman ringan ‘Coke’ dan mi segera. Berat badan Peiqi mencapai 25 kilogram pada usia dua setengah tahun, dan 35 kilogram pada usia 3 tahun.

Ibu bapa anak ini bukan sahaja gagal mengawal pemakanan Peiqi serta menjaga dietnya, bahkan mereka dengan gembiranya mengumumkan di media sosial dengan kapsyen “Saya akan segera melebihi 50 kg kelak”, yang mana telah menarik perhatian dan kebimbangan para netizen.

Kalangan netizen mempersoalkan bagaimana ibu bapa Peiqi telah menjadikan anak mereka sebagai ‘lembu wang’, yang memusnahkan sifat kemanusiaan dan kesihatan anak sendiri demi memperolehi wang, sehingga menyebabkan mereka melaporkan platform media sosial ini supaya disiasat. 

Akibatnya, akaun tersebut kini dilaporkan telah dihentikan dan semua video yang dimuat naik dengan segala aktiviti yang berkaitan akaun itu juga telah dipadam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular