Dalam episod terbaru mengenai siapa yang berhak ke atas Sabah, Filipina telah mengambil langkah mengejutkan selepas meluluskan rang undang-undang baru yang akan mencetak Sabah sebagai sebahagian daripada peta Filipina di dalam pasport.

Jawatankuasa Dewan Perwakilan Filipina dalam Hal Ehwal Luar Negara berkata Rang Undang-Undang ini diluluskan yang ‘tujuan untuk menekan dan menegaskan akan kemenangan kita di Laut Filipina Barat ke atas China di Tribunal Arbitral Antarabangsa di The Hague, Belanda dan hak di sisi undang-undang dan sejarah ke atas Sabah,” lapor CNN Filipina.

Pinterest/Gambar Hiasan

Pengarang rang undang-undang itu, Ahli Perwakilan Cagayan Rufus Rodriguez menambah, “Penyertaan peta Sabah dalam dokumen perjalanan kami adalah pernyataan yang kuat bahawa kami menegaskan hak kedaulatan kami di Laut Filipina Barat.”

Ini bukan kali pertama Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah mereka. Sebelum ini, Setiausaha Hal Ehwal Luar, Teodore Locsin Jr. dalam pernyataan provokatifnya di laman Twitter menegaskan bahawa ‘Sabah tidak ada dalam Malaysia’.

Ini telah  mencetuskan kemarahan di kalangan netizen di seluruh Asia Tenggara, bahkan mendapat maklum balas daripada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menyebut dalam tweet itu sebagai ‘satu kenyataan tidak bertanggungjawab’.

Pertikaian tuntutan wilayah ke atas Sabah bermula pada abad ke-18 ketika timur Sabah diperintah oleh Kesultanan Sulu ketika negara Islam itu menguasai beberapa pulau di Laut Sulu.

The Asean Post

Namun pada tahun 1878, Kesultanan Sulu menandatangani perjanjian yang memberikan hak wilayah tersebut kepada ‘North Borneo Chartered Company’ (NBCC). 

Filipina sejak itu menegaskan bahawa perjanjian itu pada dasarnya adalah pajakan dan bukannya penyerahan secara rasmi yang mengisytiharkan negeri itu sebagai wilayah NBCC yang seterusnya diserahkan kepada Malaysia semasa kemerdekaan Sabah pada 16 September 1963.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular