Andai anda punya peluang untuk melakukan kebaikan, rebut peluang tersebut dengan melakukan apa sahaja kebaikan walaupun apa yang anda lakukan mungkin kecil.

Walaupun bagi anda apa yang dilakukan mungkin kecil tetapi pada pandangan orang ia adalah sesuatu yang sangat bermakna.

Misalnya apa yang dilakukan oleh seorang pemuda yang merupakan seorang pencinta haiwan yang tular di media sosial apabila kebaikannya telah menarik perhatian ramai. Apa yang dilakukan oleh pemuda 22 tahun ini ialah dengan memberi makanan sekawan anjing di sebuah pantai berhampiran dengan tempat kerjanya.

Apa yang menariknya, dia telah menerima ‘kunjungan’ daripada seekor anjing yang diberikan makan yang datang ke tempat kerjanya.

Menurut Mohd Ridhuan dia pertama kali melihat anjing tersebut di sebuah pantai di Penggerang, Johor ketika sedang berjalan-jalan di sana. Pada mulanya dia berasa takut kerana ada beberapa ekor anjing di sana tetapi mujur anjing-anjing itu tidak garang atau cuba mengejarnya. Sejak itu dia mula berani untuk mendekati mereka untuk diberikan makanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ridhuan (@atuknature) on

atuknature/Instagram

Namun, sejak akhir-akhir ini dia tidak lagi ke pantai kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Namun begitu, tanpa dia ketahui ada anjing yang telah berjalan-jalan ke kawasan tempatnya bekerja untuk mencarinya yang bekerja di sebuah kedai serbaneka.

Sejak berjumpa dengan Ridhuan, anjing tersebut telah menunggunya setiap malam sebelum dia pulang ke rumah selesai kerja. Melihat pemuda ini mahu pulang ke rumah, anjing itu mula menunjukkan reaksi sedih seolah-olah tidak mahu ditinggalkan oleh Ridhuan.

@AtukNature/Twitter

Ridhuan juga telah berkongsi sebuah video di Twitter dan telah ditonton lebih daripada 220,000 kali dan telah di retweet lebih daripada 8,000 kali.

Dalam video berdurasi 52 saat itu, anjing itu jelas kelihatan sedih apabila Ridhuan memberitahu bahawa dia mahu pulang dan hanya akan datang keesokan harinya sambil membelai kepala anjing tersebut.

@AtukNature/Twitter

Ridhuan, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu mengatakan bahawa sejak dia masih kecil arwah ibunya, Rosiah Karim, telah mengajarnya untuk menyayangi haiwan.

“Amalan memberi makan haiwan telah menjadi rutin harian bagi saya. Sekiranya saya tidak memberi makan, saya akan merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

“Sebenarnya, saya merasa gembira setiap kali melihat haiwan makan walaupun makanan yang diberikan tidak banyak.”

Walaupun kebanyakan komen di video Ridhuan positif, beberapa netizen memberitahunya bahawa dia seharusnya tidak menyentuh anjing tersebut.

Ridhuan bersetuju dengan teguran tersebut tetapi dalam masa yang sama dia juga menambah dengan memberitahu bahawa masih memakai sarung tangan.

Ridhuan juga mengatakan bahawa setiap orang harus memperlakukan setiap haiwan dengan sama rata tidak kira sama ada haiwan liar atau haiwan peliharaan di rumah.

“(Kerana) mereka semua ciptaan Tuhan, oleh karena itu mereka berhak untuk mendapatkan kasih sayang.”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular