Apabila menghadapi dugaan dalam kehidupan, jangan sesekali menyerah! Itulah yang menjadi pembakar semangat buat seorang insan yang cukup istimewa bernama Maricel Apatan.

Walaupun keadaan dirinya yang tanpa pergelangan tangan, namun ia bukanlah satu alasan baginya untuk melupakan sahaja cita-cita dan impiannya.

Semuanya bermula apabila wanita cekal ini berusia 11 tahun.

Dia keluar bersama bapa saudaranya untuk mengambil air dan kemudian berhadapan dengan empat lelaki yang bersenjatakan parang panjang.

Mereka disuruh menghadapkan muka kebawah ketika keempat lelaki terbabit bertindak mengelar leher bapa saudaranya. Difahamkan bahawa bapa saudaranya itu meninggal dunia.

Maricel pula berasa panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan memandangkan lelaki-lelaki berkenaan merupakan jiran mereka.

Dia memutuskan untuk berlari sekuat hati untuk meloloskan diri namun lelaki berkenaan terus mengejar dan berjaya menangkapnya.

Walaupun puas merayu agar tidak diapa-apakan, salah seorang lelaki terbabit turut mengelar leher Maricel menyebabkan dia tidak sedarkan diri lalu rebah menyembah bumi.

Mungkin belum ajalnya, Maricel kemudiannya tersedar dan melihat keadaannya yang dipenuhi dengan darah. Lelaki-lelaki berkenaan turut ada di situ namun dia berpura-pura telah mati.

Lelaki-lelaki terbabit akhirnya meninggalkannya. Ketika dalam perjalanan berlari pulang ke rumah, kedua-dua pergelangan tangannya terputus dan jatuh. Dia terus berlari sambil menangis.

Setibanya di rumah, ibu Maricel berasa sangat terkejut dan cemas lalu segera membawanya ke hospital. Jarak ke hospital pula agak jauh dan memakan masa.

Di hospital, doktor menyangkakan bahawa Maricel tidak berjaya diselamatkan. Maricel menjalani pembedahan yang berlangsung selama lima jam.

Luka yang dialami pada lehernya itu memerlukan sebanyak 25 jahitan untuk ditutup. Syukurlah Maricel selamat walaupun tanpa kedua-dua tangannya.

Namun dugaannya tidak terhenti di situ. Kesusahan yang menimpa keluarganya menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjelaskan bil hospital.

Malah rumah mereka telah hangus dijilat api ekoran dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab. Mungkin juga bermotifkan dendam.

Ternyata nasib menyebelahi Maricel apabila ada saudara yang sanggup membantu membayar bil hospital lalu membawa pesalah ke muka pengadilan. Mereka semua telah dihukum penjara.

Walaupun tidak putus-putus ditimpa tragedi malang, namun Maricel tidak pernah menyalahkan takdir dan terus tabah menghadapinya.

Maricel berusaha keras untuk berjaya dalam pendidikan sehinggalah mampu menggengam ijazah Pengurusan Hotel dan Restoran pada tahun 2008.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2011, Maricel berjaya menghabiskan pengajian agar dirinya layak bergelar seorang cef.

Saksikan kehandalan cef Maricel :

Mula bekerja di usia 21 tahun, wanita berjiwa kental ini difahamkan turut menyara kehidupan dan perbelanjaan keluarganya.

Kecekalan insan istimewa ini dalam mengharungi kehidupan yang getir ternyata sangat memberi inspirasi. Selamat maju jaya buat Maricel!

Insan yang cemerlang, sememangnya tidak pernah menyerah kalah..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular