Bantu membantu itu sememangnya amalan yang mulia, bukan? Tidak kiralah dalam keadaan apa sekalipun, ternyata rakyat Malaysia sememangnya amat prihatin terhadap persekitaran.

Seperti apa yang berlaku di sebuah medan selera yang tidak dapat dipastikan lokasinya ini.

Difahamkan pekerja pembersihan yang mengemas dan mengutip pinggan, cawan dan dulang makanan ini gagal mengawal imbangan trolinya.

ERA (Malaysia)/Facebook

Lantas ia menyebabkan troli berkenaan terbalik. Habis segala muatan yang telah dikutipnya sebelum ini jatuh bergelimpangan di atas lantai.

Simpati dengan nasib pekerja tersebut, para pelanggan yang berada di sekitar lokasi kejadian itu bingkas bangun lalu membantu pekerja terbabit.

Ianya dapat disaksikan menerusi rakaman video di bawah :

Kurang dua minit, kesemua peralatan yang terjatuh itu berjaya dikutip dan dikemaskan semula. Terima kasih kepada pada pelanggan yang sudi membantu!

Situasi ini ternyata mengharukan setiap pengguna Facebook yang menyaksikan video ini.

ERA (Malaysia)/Facebook

Mungkin juga pekerja itu sudah terlalu letih bekerja dan tidak larat agaknya, siapa yang tahu bukan? Apa pun syabas diucapkan kepada insan yang membantu pekerja ini.

Semoga urusan anda semua kelak akan dipermudahkan. Buat baik sudah pasti dibalas baik!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular