Buat pencinta kucing pastinya suka dengan kehadiran kucing di mana-mana. Kadangkala di tepi jalan pun mereka mahu bermain bersama kucing yang ditemui.

Kalau di rumah pula kucing mereka pastinya dijaga dan disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Kesemua keperluan mereka disediakan tanpa berkira.

Sora News 24

Malangnya bagi sebilangan daripada kita tidak boleh memelihara haiwan ini di rumah atas beberapa faktor. Mungkin kerana alahan, atau mungkin kerana ada ahli keluarga yang takutkan kucing.

Jadi, ada antara mereka yang pergi ke kafe untuk bermain dengan kucing kerana sudah banyak kedai-kedai kopi yang meletakkan kucing di sana dengan tujuan untuk menghiburkan pelanggan.

Namun begitu, ekoran wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini membuatkan perkhidmatan seperti itu tidak dapat dilakukan lagi.

Tetapi, pemilik ‘kafe kucing’ di Jepun telah muncul dengan idea supaya peminat-peminat kucing di restorannya masih dapat melihat perkembangan kucing di sana. Apa yang dilakukan ialah dengan memasang kamera dan melakukan siaran langsung di Twitch selama 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti.

Sora News 24

Menurut Sora News 24, kafe Nyandan-tei di Tokyo telah mula menjalankan siasan langsung di samping membenarkan penonton berbual dengan peminat kucing lain yang turut menonton melalui laman sesawang tersebut.

Kafe ini menjalankan program tersebut sebagai usaha supaya orang ramai dapat melanggan saluran tersebut dan akhirnya akan membolehkan kucing-kucing tersebut menerima sumbangan makanan atau ubat-ubatan yang diperlukan.

Bagi yang mahu menonton telatah kucing-kucing di kafe tersebut anda boleh lah ke laman sesawang Twitch kafe di sini sekarang. Selamat menonton haiwan kegemaran anda!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular