Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, Johnny Pang Leong Ming mengkritik Pos Malaysia dan juga Pos Laju ekoran perkhidmatan yang tidak begitu kompeten.

Sebagai institusi pos dan kurier terbesar di Malaysia yang telah pun berkhidmat lebih 200 tahun, tiada sebarang penambahbaikan terhadap sistem penghantaran agar lebih cekap dilakukan.

Bahkan servis yang ditawarkan juga tidak berkembang mengikut arus peredaran zaman – penghantaran logistik memakan masa terutamanya mereka yang menetap di kawasan Sabah dan Sarawak.

Ianya juga tidak setanding dengan perkhidmatan daripada syarikat kurier lain yang mampu melakukan penghantaran dengan lebih cepat.

“Mengapa sebagai institusi pos utama yang menjalankan perkhidmatan pos nasional gagal untuk melakukannya? Apa masalahnya?”, soal beliau.

Beliau turut menambah bahawa penghantaran logistik menerusi kapal kargo juga adalah jauh lebih pantas berbanding dengan perkhidmatan Pos Laju ataupun ekspres.

Katanya, kebanyakan syarikat asing di luar negara cenderung memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Namun ketidakcekapan sistem penghantaran ini secara tidak langsung akan menjejaskan imej dan keyakinan syarikat asing terhadap negara kita.

Beliau turut menyuarakan kekecewaan dihadapi orang ramai yang dikenakan caj lebih mahal untuk penghantaran secara ekspres namun penghantarannya lambat.

“Disebabkan syarikat pos ekspres lain dapat mengirimkan pesanan dalam waktu yang lebih singkat, pihak Pos Laju seharusnya dapat meninjau dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka”.

Ekoran ketidakcekapan mereka, pihak syarikat sebaliknya menyalahkan situasi pandemik yang melanda, walaupun wabak ini sudah pun berlangsung untuk beberapa bulan yang lalu.

Tambahnya, pihak Pos Malaysia dan Pos Laju sepatutunya telah menyesuaikan operasi mereka ketika pandemik ini untuk meningkatkan kualiti servis mereka.

Beliau turut memberi contoh situasi yang berlaku di Bintulu, di mana barang dari Kuala Lumpur yang sepatutnya dihantar di Bintulu, akan dihantar ke bandar yang berhampiran.

Misalnya di Sibu atau Miri terlebih dahulu. Kemudian barulah barangan itu dihantar ke Bintulu.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular