Sari merupakan pakaian tradisional yang bukan sahaja menjadi kegemaran wanita India tetapi juga merupakan pakaian yang mahu digayakan oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama kerana ia sangat cantik serta anggun apabila dipakai.

Sering digunakan sebagai alat untuk merapatkan jurang budaya, pakaian tradisional ini telah lama dianggap sebagai pakaian pengerat budaya berbilang kaum di negara ini sama seperti seorang bangsa lain memakai baju kurung, baju Melayu, cheongsam, kebaya dan pakaian lain-lain kaum.

kynajusha/Instagram

Walaupun terdapat tuntutan baru-baru ini oleh beberapa individu yang menimbulkan istilah ‘cultural appropriation’, yang menjadi trend di Barat dan kita di sini mengikutinya secara melulu dengan menggunakannya untuk menyelar seseorang yang dikatakan menggunakan hak dan budaya orang lain untuk mengaut keuntungan atau atas kehendak peribadi.

Menunjukkan sejauh mana tuntutan individu tersebut tidak sesuai dengan budaya pelbagai kaum di Malaysia kerana kita semestinya berbangga apabila bangsa lain cuba menerapkan budaya kita, ramai yang menyatakan bahawa sentimen itu tidak dikongsi di kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi laman Twitternya, seorang netizen @kynajusha berkongsi pengalamannya menyaksikan bagaimana seorang mak cik prihatin berbangsa India sanggup membantu seorang gadis Melayu memakaikan Sari untuknya sambil mengemaskannya menjadi lebih cantik.

@kynajusha/Twitter

Dalam Twitter itu @kynajusha menulis, “Mengapa semua orang memperkatakan tentang mengenakan pakaian bangsa masing-masing? Apa yang saya terlepas? “

“Saya memakai sari semalam, dan setiap kali bertemu dengan rakan warga Malaysia yang lain, mereka sering memuji dengan mengatakan saya kelihatan cantik. Mak cik ini malah membantu untuk mengemas cantik pemakaian sari saya,” tulisnya.

@kynajusha/Twitter

Bukankah ini merupakan salah satu cara mengeratkan perpaduan kaum yang baik untuk dipraktikkan? 

Gambar itu turut dirakam dalam video yang dikongsi di laman Instagramnya, sambil menambah bahawa rakyat Malaysia tidak patut berpecah belah hanya kerana membesarkan satu isu yang kecil dan remeh-temeh kerana kita semua sememangnya boleh hidup dengan aman dan harmoni serta bersatu padu sejak dari dahulu lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Q 🇲🇾 (@kynajusha) on

kynajusha/Instagram

Ayuh kita rakyat Malaysia untuk terus memberi contoh teladan yang baik bahawa kita semua lebih mementingkan persamaan dan bukannya mencari perbezaan demi mengeratkan lagi perpaduan antara kaum.

Cara terbaik sebagai rakyat Malaysia dalam mengeratkan hubungan sesama kaum bersempena Bulan Kemerdekaan ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular