Jaguh olahraga Usain Bolt telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19, selepas menyertai sambutan ulang tahunnya yang ke-34 di mana hadirin yang terdiri daripada kalangan bintang sukan dilihat tidak memakai pelitup muka.

Menurut laporan The Guardian, Kementerian Kesihatan Jamaica melalui kenyataan menterinya Dr Christopher Tufton mengesahkan perkara itu pada 24 Ogos.

Pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu kini menjalani kuarantin di rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usain St.Leo Bolt (@usainbolt) on

usainbolt/Instagram

“Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video di Twitter diiringi kapsyen ‘Stay Safe my people’.

Menurut laporan itu, Usain Bolt berkata dia membuat ujian COVID-19 sehari selepas sambutan ulang tahunnya.

Usain Bolt yang merupakan pemenang lapan pingat emas Olimpik juga berkata dia tidak mengalami sebarang simptom wabak, termasuk masalah pernafasan tetapi terus menjalani kuarantin kendiri dan menunggu keputusan rasmi ujian tersebut.

“Sehingga saat itu, saya menasihatkan kepada semua kontak yang berhubungan dengan saya untuk melakukan kuarantin kendiri dan pastikan keselamatan diri sendiri, juga terus bertenang,” kata Usain.

@usainbolt/Twitter

Kes harian di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari sejak empat hari lalu, berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya.

Pegawai kesihatan negara itu menyifatkan jangkitan berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Setakat ini Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19, dengan 16 kematian dilaporkan dan 622 kes yang masih aktif.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL SUKAN

Video Popular