Kehidupan normal zaman kanak-kanak seharusnya penuh riang, bahagia dan gembira, tetapi bagi anak-anak dari keluarga miskin, mereka perlu mula berjuang seawal usia muda. 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun bernama Bier di Thailand menjadi terkenal di media sosial ekoran dia menjadi bos di sebuah gerai yang menjual ayam goreng demi menyara keluarganya yang hidup sukar.

Bier tiba-tiba menjadi terkenal kerana keberanian dan kecekalannya mengharungi kehidupan yang sukar walaupun dia masih kanak-kanak yang sepatutnya keluar bermain dan belajar dengan tidak perlu bekerja. Bier menguruskan sendiri gerai ayam goreng dan menyara hidup seisi keluarga.

Peekme

Bier baru sahaja memasuki Darjah 4 di sekolah rendah. Keadaan kewangan keluarganya tidak begitu baik. Jadi, Bier terpaksa membantu neneknya melakukan kerja rumah yang sederhana sejak berusia 3 tahun. 

Mengapa Bier dan adik-adiknya perlu tinggal dengan nenek? Kerana ibu bapanya bercerai sejak mereka masih kecil. Bier mempunyai dua orang adik lelaki yang kadangkala dijaga oleh datuk dan moyangnya.

Peekme

Nenek Bier biasanya menjual sayur di jalanan dan berniaga ayam goreng di gerainya. Selepas waktu sekolah, Bier akan pergi ke gerai ayam goreng untuk membantu neneknya dan ketika cuti sekolah bermula, Bier mengambil alih tugas menguruskan gerai ayam goreng itu.

Kini Bier dengan mahir boleh memasak ayam goreng yang rangup dan enak menjilat jari, memasak dim sum dan beberapa hidangan sejuk yang lain. 

Biasanya gerai ini diuruskan oleh nenek, tetapi ketika Bier datang, dia akan melakukan pekerjaan utama dan neneknya tidak perlu bimbang untuk memberinya kepercayaan.

Peekme

Bier sangat mahir dan gayanya kelihatan seperti bos. Ramai pelanggan mengiktiraf kepintaran Bier sebagai seorang yang pandai berniaga. Sebilangan pelanggan tetap terus mengunjungi gerai itu setiap hari untuk membantu melariskan perniagaan Bier.

Selain mengendalikan gerai ayam goreng, Bier juga perlu menjaga dua orang adik lelakinya. Adik-adik Bier sering datang ke gerai dan Bier akan menyuapkan mereka makanan. Adik-adik Bier sangat baik dan menjaga kelakuan dengan tidak menganggu kakak mereka berniaga.

Peekme

Kisah Bier dimuat naik oleh netizen yang simpati dan prihatin dengan nasib keluarganya, lantaran itu ia telah menarik banyak perhatian. 

Ramai kalangan mereka yang memberi komen bahawa gadis kecil ini amat cekal dalam hidup dan berani menghadapi apa juga rintangan sejak di usia muda. 

Akibatnya, ramai yang telah datang ke gerai ayam goreng itu untuk membeli ayam goreng hasil air tangan Bier dan neneknya. 

Peekme

Bier sangat berterima kasih di atas bantuan netizen yang telah melariskan jualan ayam goreng serta memberinya kata-kata semangat. Walaupun kehidupan Bier sangat sukar, matanya terus bersinar penuh harapan.

Bier masih muda tetapi telah memikul tugas dan tanggungjawab penting untuk menyara keluarga. Gadis kecil ini terus bekerja dengan bersungguh-sungguh sambil cekal mengharungi kesukaran dalam hidup.

Masa depan yang lebih baik pasti akan menyebelahi Bier bersama keluarganya kerana usaha dan kecekalan itu tanda kejayaan. Teruskan perjuangan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular