Apa-apa tong berisi cecair gas yang mudah terbakar adalah merbahaya, apatah lagi jika ia sebenarnya bocor tanpa kita sangka.

Di Subang Jaya, seorang lelaki berusia 48 tahun dilaporkan mengalami lecur di bahagian tangan dan muka setelah tong gas petroleum cecair (LPG) yang dibawa di dalam keretanya meletup.

Ianya berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa berada di persimpangan lampu isyarat yang terletak di Jalan Subang Mas, Taman Pinggiran USJ.

Tong gas berkenaan dipercayai bocor namun mangsa tidak menyedari akan keadaan itu, lalu membuka tingkap dan menyalakan pemetik api untuk merokok.

Ekoran daripada kebocoran tersebut, berlaku letupan hingga menyebabkan keadaan kereta mangsa mengalami rosak teruk ekoran ruang di dalam kereta yang dipenuhi dengan gas.

Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba Subang Jaya dan digegaskan ke Hospital Shah Alam untuk mendapat rawatan lanjut.

Sehubungan dengan insiden itu, orang ramai digesa untuk amalkan langkah-langkah keselamatan terutamanya ketika membawa tong berkenaan.

Turunkan semua tingkap kereta agar aliran udara dapat berjalan dengan baik dan jangan sesekali merokok ketika membawanya bersama ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular