Jepun memang jarang sekali mengecewakan seisi dunia dengan hasil idea dan teknologi yang lain daripada yang lain. 

South China Morning Post/Facebook

Baru-baru ini, Jepun melalui Projek Tandas Tokyo yang bermatlamat untuk membuang stereotaip masyarakat Jepun terhadap tandas awam yang lazimnya kotor, berbau dan menakutkan telah membuatkan pereka bentuk projek ini menghasilkan tandas dengan dinding lutsinar.

Ya, anda tidak tersalah baca!

South China Morning Post/Facebook

South China Morning Post/Facebook

Tandas yang diletakkan di sebuah taman awam di Tokyo, Jepun ini dihasilkan dengan dinding yang lutsinar, yang boleh dilihat dengan jelas dari luar.

Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang sama sekali kerana teknologi yang digunakan pada pintu tandas yang berkunci akan menyebabkan seluruh dinding tandas yang lutsinar itu menjadi legap dan langsung tidak boleh dilihat dari mana-mana sudut pun.

South China Morning Post/Facebook

Jadi, hal ini juga secara tidak langsung memudahkan para pengguna untuk mengetahui sama ada tandas itu sedang digunakan atau tidak!

Sehingga kini, projek ini telahpun mengubahsuai sebanyak 17 buah tandas awam di Shibuya, Tokyo, Jepun dan telah menarik perhatian ramai penduduk di negara matahari terbit itu.

South China Morning Post/Facebook

“Saya tidak tahu bagaimanakah (tandas dengan dinding lutsinar) ini (berfungsi). (Tetapi) apabila anda mengunci pintu, semuanya hilang!” komen Masataka Kumasaki, seorang penduduk Tokyo apabila ditemuramah oleh laman South China Morning Post.

“Hebat!” tambahnya lagi.

Nampaknya, idea yang luar biasa dan praktikal sebegini sekali lagi datang daripada Jepun yang memang terkenal dengan ciptaan yang lain daripada yang lain. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular