Bagi seseorang yang bekerja di lapangan, pertembungan dengan haiwan liar bukanlah suatu perkara yang janggal.

Tetapi untuk Rainer Schimpf, 51, pengalamannya yang berdepan dengan detik cemas apabila ‘dibaham’ oleh ikan paus adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dibayangkan.

Beastly/YouTube

Rainer adalah seorang pengendali lawatan menyelam dengan pengalaman selama lebih dari 15 tahun di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, pada bulan Februari 2019, Rainer terpaksa akui bahawa dia berdepan dengan situasi yang sangat mencemaskan dan tidak pernah dibayangkan selama ini.

Beastly/YouTube

Semuanya berlaku di perairan Pelabuhan Elizabeth Harbor ketika Rainer dan rakan sepasukannya menuju kira-kira 25 batu nautika dari pantai untuk mendokumentasikan tentang penghijrahan ikan sardin yang secara semulajadinya turut melibatkan kemunculan ikan lumba-lumba, anjing laut dan ikan paus yang bekerjasama untuk mengumpulkan ikan menjadi umpan.

Beastly/YouTube

Bagaimanapun, tidak lama selepas Rainer dan rakan sepasukannya terjun ke dalam laut untuk memulakan pendokumentasian, pandangan Rainer tiba-tiba menjadi gelap.

“Saya merasakan sedikit tekanan di bahagian pinggang dan sebaik sahaja saya merasakan tekanan itu, saya dengan segera mengetahui bahawa seekor ikan paus telah membaham saya,” cerita Rainer kepada Beastly tentang pengalamannya pada waktu itu.

Beastly/YouTube

Beastly/YouTube

Menurut Rainer, walaupun pada waktu dia tidak mengetahui apa yang berlaku tetapi Rainer menyatakan bahawa dia perlu menggunakan nalurinya sendiri untuk menyelamatkan diri dengan serta-merta.

“Tiada masa untuk berasa takut dalam situasi itu,” kata Rainer.

Beastly/YouTube

“Dengan serta-merta saya menahan nafas dan saya fikir bahawa sekarang ikan paus ini akan menyelam dengan lebih dalam dan melepaskan saya di laut dalam,” tambah Rainer menceritakan tentang tindakan yang harus dilakukan sekiranya situasi lebih buruk berlaku.

Tetapi syukurlah, belum sempat ikan paus itu menyelam, ikan paus itu menyedari bahawa ikan paus itu telah ‘tersilap’ makanan dan dengan segera melepaskan Rainer. Dalam masa beberapa saat, Rainer kembali muncul di permukaan laut dan membuatkan seluruh pasukannya berasa lega.

Beastly/YouTube

“Saya fikir untuk ikan paus itu juga, situasi berkenaan adalah sesuatu yang menakutkan kerana lazimnya mereka (ikan paus) tahu siapa yang ada disekelilingnya kerana mereka sangat sensitif,” komen salah seorang ahli pasukan Rainer, Claudia Weber-Gebert, yang merupakan saksi kejadian cemas itu.

“Kejadian itu berlaku dengan sangat cepat dan daripada berada di permukaan laut dan memerhatikan sesuatu, saya tiba-tiba menjadi ‘lelaki di dalam’ dan berada di dalam ikan paus,

“Insiden ini memberi perhubungan dengan ikan paus yang saya fikir tiada siapa yang pernah miliki sebelum ini,” luah Rainer mengenai detik yang luar biasa itu.\

Beastly/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular