Pada 4 Ogos yang lalu, letupan besar telah berlaku di Beirut, Lubnan akibat simpanan 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang telah diletakkan secara cuai dan tidak diselia secara baik oleh kerajaan di Pelabuhan Beirut. Letupan besar tersebut menjadikan ia antara bencana industri terbesar di dunia dalam sejarah manusia.

Letupan Beirut telah mengakibatkan lebih daripada 180 kematian dan 6,000 kecederaan warganya yang tidak bersalah telah direkodkan, dengan kira-kira 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Peekme

Dalam kejadian pada hari itu, anggota mencari dan menyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa sehingga menimbulkan pelbagai kisah menyentuh hati serta ada yang dirasakan penuh keajaiban, seperti yang dilalui oleh seorang jururawat.

Jurugambar Bilal Marie Jawish menemui seorang jururawat di Hospital St. George. Beliau duduk berdekatan dinding dan tingkap hospital yang runtuh sambil mendakap tiga orang bayi yang baru lahir, dan terdapat mayat disekelilingnya, tetapi jururawat ini sangat tenang.

Bilal dimaklumkan bahawa jururawat ini sedang bekerja di bilik kelahiran semasa letupan kuat tiba-tiba menggegarkan Beirut dan gelombang kuat memusnahkan hospital itu yang berdekatan dengan pelabuhan.

Ketika jururawat ini tersedar selepas terpelanting dan pengsan akibat gelombang kuat, beliau terus mendapatkan tiga orang bayi baru lahir yang berada dalam inkubator dan mendakapnya. 

Bilal Marie Jawish/Facebook

Jururawat ini, Pamela Zeinoun yang berusia 26 tahun telah memeluk erat ketiga-tiga bayi itu dengan penuh ketenangan dan tanggungjawab walaupun suasana di sekelilingnya penuh kacau dan mengerikan.

Bilal berkata, “Beliau sangat tenang, perasaan yang agak kontra dengan kacau-bilau sedang berlaku di sekelilingnya. Nampaknya ada kekuatan misteri di dalam tubuhnya. Jururawat ini menggunakan kekuatan ajaib itu untuk menyelamatkan semua bayi.”

“Dalam kekacauan dan kegelapan, hanya kecemerlangan serta ketenangan yang ditunjukkan dapat meredakan keadaan. Begitulah keadaan jururawat itu,” kata Bilal.

Letupan besar tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 4 orang jururawat di Hospital St. George dengan lebih 200 pesakit cedera.

Peekme

Gambar jururawat yang memegang tiga orang bayi baru lahir sambil membuat panggilan telefon itu yang dimuat naik oleh Bilal Marie Jawich di Facebook telah menarik perhatian dan perkongsian lebih 5,200 netizen. 

Ramai orang merasakan bahawa jururawat ini adalah wira tidak didendang, dan mereka berasa sangat kagum dengan ketenangannya dalam mengawal situasi yang sedang kacau-bilau.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Pesona

Video Popular