Muzium bawah laut ‘Parthenon of shipwrecks’ di Greece kini dibuka kepada umum.
Terletak di Alonissos, Laut Aegean di Greece, pegawai tempatan kini menyambut orang awam ke bangkai kapal karam kuno ‘Parthenon of shipwrecks’ dengan membuka muzium bawah laut pertama di negara itu.
Kapal besar kuno yang karam pada tahun 425 Sebelum Masihi itu hanya ditemui pada tahun 1985 oleh seorang nelayan di kawasan itu.
Y Issaris via AFP/Getty Images
Pegawai tempatan kini sedang merancang untuk membuka lebih banyak lokasi seumpamanya untuk taman penyelaman yang lebih luas.
Greece baru-baru ini membuka muzium bawah laut pertama yang amat menggembirakan para penyelam dan pencinta sejarah.
Yang pertama seumpamanya di negara Greece, ‘Parthenon of shipwrecks’ kini dibuka secara rasmi bagi mereka yang berminat untuk melihatnya secara lebih dekat di dalam laut.
Terletak di luar pantai Alonissos di Aegean barat, bangkai kapal karam kuno bawah laut akan menyambut penyelam skuba bermula pada hari pembukaan 3 Ogos hingga 2 Oktober 2020. Bagi mereka yang tidak mampu menyelam boleh melakukan lawatan realiti maya yang berada di pusat maklumat.
Menurut The Guardian, kapal dagang kuno yang besar telah karam pada 425 SM kerana cuaca buruk.
Kapal itu mengandungi beribu-ribu amphora wain dan lokasi menakjubkan itu akhirnya ditemui oleh seorang nelayan tempatan pada tahun 1985.
Presiden Majlis Perbandaran Alonissos, Maria Agalou berkata kepada Skai TV, “Bangkai kapal karam kuno ini terletak pada kedalaman 21 hingga 28 meter berdekatan pantai pulau kecil Peristera dan mengandungi 3,000 hingga 4,000 amphora wain.”
Y Issaris via AFP/Getty Images
Sementara itu, Gabenor Thesally, Kostas Agorastos dalam kenyataannya ketika pembukaan muzium bawah laut itu, “Alonissos,Thessaly dan Greece mempersembahkan kepada umat manusia ‘Parthenon of shipwrecks’.
Gabenor Kostas Agorastos menambahkan lokasi muzium bawah laut yang menakjubkan itu benar-benar berbaloi untuk dikunjungi para pelancong dan penyelam kerana ini adalah ‘kapal karam tertua di dunia yang dapat diselami oleh manusia’.
Tonton video di bawah:
Maybe you're interested :
- Seronok betul mengajaknya bersembang, ada sahaja yang mahu diceritakan oleh kucing comel ini
- Penculikan serta pembunuhan terhadap pengamal Falun Gong terus berlaku di seluruh China ketika pandemik
- Kepetahan dua budak Nigeria cakap Melayu buat netizen terpana, sempat pula bergurau dengan tukang rakam