Rasanya tidak lengkap hari kita tanpa melihat telatah haiwan peliharaan yang melucukan. Setiap hari ada sahaja kerenah atau telatah selamba mereka yang mencuit hati.

Mungkin itu yang menjadi sebab mengapa orang ramai suka memelihara haiwan di rumah. Contohnya lihat sahaja dalam video ini di mana telatah seekor kucing yang begitu selamba naik ke atas motosikal telah menarik perhatian ramai.

SygQu Eyda Rania/Facebook

Apa yang berlaku ialah ketika tuannya sedang bersedia di atas motor dia tanpa disuruh terus memanjat naik masuk ke dalam bakul motor tersebut tanpa mempedulikan kanak-kanak kecil yang ada di situ.

SygQu Eyda Rania/Facebook

Gayanya yang bersahaja seolah-olah dia lah yang paling penting di situ dan tuannya tidak boleh pergi tanpa mengajaknya sama.

Namun begitu, memandangkan tuan kecilnya mahu ikut sama jadi tuannya telah meletakkannya di tempat duduk belakang. Dia kelihatan hanya menurut tanpa membantah.

SygQu Eyda Rania/Facebook

Apa yang menariknya, dia kekal di atas motor sehinggalah mereka pulang.

Pegawai China dikenakan sekatan Amerika Syarikat ekoran penganiayaan etnik Uyghur, miliki sejarah pelanggaran hak asasi manusia di China

Apa yang penting kucing ini tidak jatuh atau ketinggalan di tepi jalan!

SygQu Eyda Rania/Facebook

Sehingga kini video yang dimuat naik ke YouTube itu telah menerima lebih daripada 500 komen dan telah di ‘like’ lebih daripada 2000 kali oleh netizen di laman sosial itu.

Lihat rakaman video gelagat kucing tersebut:

SygQu Eyda Rania/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular