Bagi mana-mana pemilik haiwan peliharaan seperti kucing, untuk melalui kehilangan haiwan kesayangan mereka bukanlah satu perkara yang pernah dibayangkan, apatah lagi untuk dilalui. 

Begitu juga halnya untuk Matthew, seorang pemandu lori muatan berat, Ashes adalah segala-galanya untuknya. Ashes si kucing berbulu kelabu merupakan kucing kesayangannya yang telah bersama-sama dengannya untuk hampir setiap hari dengan menaiki lori untuk menghantar barang. Mereka telah bersama kemana-mana sahaja.

Bagaimanapun, pada suatu hari ketika Matthew berhenti di sebuah stesen di Springfield, Ohio pada bulan Julai 2019, Ashes telah melarikan diri ke dalam semak-samun di kawasan tersebut.

fgnj1634

Terkejut dengan kehilangan Ashes, Matthew telah berusaha untuk mencari Ashes dengan bersungguh-sungguh, tetapi malang, usahanya menemui jalan buntu. Tambahan pula pada waktu itu, Matthew kesuntukan masa dan perlu menyelesaikan tugasnya.

Dengan berat hati, Matthew memandu pergi dari stesen berkenaan tanpa Ashes di sisi.

Walaupun begitu, Matthew tetap tidak berputus asa. Untuk beberapa bulan seterusnya, Matthew seringkali mengatur perjalanannya untuk melalui stesen yang sama supaya dia dapat berhenti dan mencari Ashes.

Matthew sering kembali ke lokasi yang sama, tetapi malang, Ashes tetap tidak dapat ditemui.

fgnj1634

Pada suatu hari, seorang wanita bernama Kimberley dan rakannya turun daripada bas di stesen yang sama ketika mereka dalam perjalanan ke New York. Tetapi, sebelum Kimberley melangkah naik ke kereta, seekor haiwan yang kelihatan lemah telah menarik perhatiannya.

“Kakinya menggeletar di atas tanah kerana terlalu sejuk,” luah Kimberley di saat pertama kali dia melihat kucing itu, Ashes.

Disebabkan tiada siapa yang datang untuk mengambil Ashes, Kimberley memutuskan untuk membawa Ashes di dalam keretanya untuk memberi kepanasan buatnya. Dan, disebabkan keadaan Ashes yang pada waktu itu kelihatan sangat lemah, Kimberley memutuskan untuk membawa Ashes ke klinik haiwan di New York.

Sebaik sahaja Kimberley dan Ashes tiba di klinik haiwan, Ashes telah diberi rawatan yang diperlukan dan pihak klinik telah pun mengimbas cip mikro yang ditanam pada setiap haiwan yang diselamatkan yang dibawa ke klinik berkenaan.

“Pemilik kucing ini bukan sahaja memiliki kereta, tetapi pemiliknya juga telah mendaftarkan alamat kucing ini di Texas, iaitu 2,357 km dari New York!” kata salah seorang pekerja di klinik berkenaan.

fgnj1634

Selepas itu, mereka dengan berbesar hatinya telah menghubungi Matthew untuk memberitahu khabar berita ini.

Matthew yang pada waktu itu berada di Arkansas berasa tidak percaya, akhirnya kucing kesayangannya telah ditemui!

“Saya memikirkan tentang Ashes pada setiap hari,” kongsi Matthew tentang kucing kesayangannya.

Yang paling menyayat hati, sebaik sahaja Matthew tiba di New York beberapa hari selepas menerima khabar gembira itu, Ashes serta-merta mengecam pemilik lamanya itu. Ashes berlari menuju Matthew dan menggosokkan kepalanya pada Matthew.

Mereka masing-masing melepas rindu sesama sendiri.

“Inilah cip mikro – tanpanya, saya tidak mungkin akan menemuinya semula,” luah Matthew, terharu dan gembira.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular