Berikutan kegagalan mematuhi arahan perintah kuarantin setelah pulang dari Turki pada 7 Ogos 2020, Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Menurut KKM, Dr Khairuddin telah dikompaun selepas didapati bersalah kerana gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Dalam pengumuman yang sama, pihak KKM turut memaklumkan bahawa Dr Khairuddin telah didapati negatif daripada jangkitan COVID-19 ketika ujian saringan pertama dilakukan kepadanya pada hari ketibaannya di Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataannya berkata bahawa tiada mana-mana individu termasuk menteri yang akan terlepas daripada dikenakan tindakan akibat melanggar prosedur operasi standard kuarantin COVID-19.

@DrNoorAzmi/Twitter

Beliau dalam kenyataannya pada 21 Ogos itu juga menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu menjalankan siasatan secara telus dan tindakan yang sewajarnya seharusnya dikenakan terhadap individu yang bersalah.

“Siapa-siapa yang langgar SOP dia akan diadili, tindakan akan diambil. Sayapun kena bayar RM1,000. Saya rasa kerajaan kena telus buat siasatan, ambil tindakan yang perlu. Sesiapa pun tidak akan terlepas.”

Disamping itu, beliau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia juga menyatakan bahawa kegagalan pematuhan prosedur operasi standard adalah sesuatu perkara yang serius dan menegaskan bahawa dirinya sendiri juga pernah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana kesalahan yang serupa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular