Peluang kedua adalah sesuatu yang sangat berisiko, bagi yang berani mengambilnya dan melakukan yang terbaik, kehidupan yang lebih sempurna adalah ‘hadiah’ utamanya. Tetapi, jika tersalah langkah, sesuatu yang buruk tidak mustahil akan berlaku.

Bagi Stephen Akpabio-Klementowski, yang merupakan bekas banduan yang pada awalnya menerima 16 tahun hukuman penjara, peluang kedua yang datang kepadanya menjadi salah-satu anugerah yang tidak ternilai buatnya.

BBC

Bayangkan, daripada seorang banduan, kini Stephen sudah memiliki dua ijazah sarjana muda dan dua ijazah sarjana yang diusahakannya sepanjang berada di dalam penjara. Bahkan kini, Stephen dalam usaha untuk mendapatkan ijazah kedoktoran dan telah dilantik menjadi seorang pensyarah, yang mencurahkan khidmat baktinya untuk para banduan di dalam penjara, seperti dirinya suatu ketika dahulu.

Menceritakan tentang pengalamannya sebelum mendapat peluang kedua, Stephen pernah menjalani episod duka selepas ditangkap kerana kesalahan mengedar dadah.

BBC

Pada tiga bulan pertama di dalam penjara, Stephen berasa seperti kehidupannya sudah menjadi gelap. Dia tidak berminat untuk berkawan dengan sesiapapun di dalam penjara.

Bagaimanapun, selepas Stephen memutuskan untuk menyertai kerja-kerja di dapur penjara, kehidupan Stephen mula berubah. Dari situ, Stephen perlahan-lahan membuka peluang kepada sesiapa yang mahu membantunya, sehinggalah akhirnya Stephen digalakkan untuk menyertai kos di Universiti Terbuka di United Kingdom. 

BBC

Berbicara tentang fasa permulaannya itu, Stephen mengakui bahawa rintangan yang paling besar untuk dirinya pada ketika itu sebenarnya adalah dirinya sendiri. Dia tidak dapat melihat masa depannya sendiri.

Walaupun begitu, Stephen tetap juga meneruskan usahanya dan mencuba yang terbaik. 

“Saya berasa takut dengan masa hadapan saya, tetapi saya memutuskan untuk mencuba,” luah Stephen.

Pada waktu itu, Stephen menyatakan bahawa dia perlu mencuri masa lapang ketika semua rakan-rakannya sedang tidur untuk belajar di dalam tandas, manakala pada siang harinya, Stephen akan bertugas di dapur penjara.

BBC

Semuanya memang tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi, secara semulajadinya, Stephen mula merasakan bahawa belajar adalah sesuatu yang disukainya. Dan dengan itu, Stephen mula berusaha dengan lebih kuat.

Walaupun sepanjang perjalanannya itu Stephen seringkali diejek dan dipandang-rendah oleh rakan-rakannya di dalam penjara, namun Stephen tetap tidak menghiraukan mereka dan dia terus-terusan berusaha belajar sehingga akhirnya berjaya menyelesaikan satu ijazah sarjana muda dan dua ijazah sarjana.

BBC

8 tahun kemudian, Stephen akhirnya dibebaskan. Dia menemui pekerjaan yang disukainya, iaitu pensyarah kriminologi di Universiti Terbuka dan Stephen ditugaskan untuk mengajar mahasiswa universiti itu di penjara.

“Semua orang ada potensi dan kuasa untuk berubah. Saya telah menyaksikannya sebelum ini dan melaluinya sendiri,” kata Stephen, menutup kisah hidupnya yang sangat luar biasa.

“Ianya terasa sangat peribadi bagi saya, kerana saya juga pernah menjadi banduan.”

BBC

Kini, Stephen menjalani kehidupan yang sangat baik, mempunyai keluarga yang bahagia di sisi dan sedang menghabiskan pembelajaran bagi ijazah kedoktoran dalam bidang kriminologi.

Melalui perjalanan kehidupannya, Stephen berharap bahawa lebih ramai banduan yang akan memilih untuk belajar ketika menjalani hukuman penjara, kerana “anda perlu ingat bahawa anda punyai keupayaan untuk belajar dan anda punyai keupayaan untuk mengubah kehidupan anda.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular