Sesetengah fabrik adakalanya sangat sensitif dan tidak tahan lama apabila seringkali dicuci. Hasilnya, akan muncul bulu-bulu atau ‘lint’ yang membuatkan pakaian menjadi tidak cantik dan nampak lama.

‘Lint’ pada baju biasanya boleh terjadi apabila berlakunya gesekan pada kain sehingga menyebabkan munculnya serat-serat yang terkeluar daripada kain tersebut. Keadaan ini biasanya berlaku jika anda membasuh sesetengah fabrik menggunakan mesin atau fabrik itu dicuci dengan kasar.

Gambar Hiasan/Pixabay

Masalah ini pastinya dialami ramai dan kadangkala kita sendiri sudah putus asa untuk mengembalikan kain atau baju menjadi sedia kala. Namun begitu, kini sudah ada jalan penyelesaian kepada masalah itu!

Tips bersihkan bulu-bulu ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @SaidaZarifah yang telah berkongsi alat yang boleh digunakan untuk menghilangkan bulu-bulu tersebut.

Inilah ‘Rolling Lint Remover’ yang boleh didapati di Daiso dengan harga serendah RM5.90!

Picuki

Tidak hanya itu, Saida juga memuat naik video cara untuk menggunakan alat tersebut. Dalam video tersebut, Saida berkata dua biji bateri jenis double-A diperlukan untuk menghidupkan alat tersebut.

@SaidaZarifah/Twitter

Ianya mudah serta cepat sahaja menyelesaikan kerja-kerja menghilangkan bulu dan hasilnya memang memuaskan hati!

@SaidaZarifah/Twitter

Apa yang paling penting, alat tersebut mudah digunakan dan berkesan. Bayangkan dengan harga RM5.90 masalah yang selama ini menghantui anda kini akhirnya dapat juga diselesaikan. Lihat lah perbezaan yang berlaku. Memang nampak lain!

Sebelum

@SaidaZarifah/Twitter

Selepas

@SaidaZarifah/Twitter

Tweet tersebut telah menarik perhatian ribuan netizen di Twitter sehingga menerima lebih daripada 35,000 ‘like’ dan telah di retweet lebih daripada 17,000 kali.

Nampaknya status ini telah membantu ribuan orang yang sedang berhadapan dengan masalah ini!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular