Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, banyak pusat pelancongan di seluruh dunia mengalami kerugian besar apabila pihak pengurusannya terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk menutup semua operasi pusat pelancongan agar penularan wabak tersebut dapat dikekang.

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

Arahan penutupan ini semestinya telah memberi kesan kepada sektor pelancongan tidak kira di mana negara apapun.

Bagaimanapun, sebuah pusat pelancongan di Pine Knoll Shores yang terletak di Selatan Carolina, Amerika Syarikat, telah mengambil satu inisiatif yang luar biasa untuk menampung kerugian yang dialami oleh mereka.

Pusat pelancongan berkenaan, NC Aquarium, membuat keputusan untuk menggunakan masa lapang dalam keharuan pandemik untuk membersihkan kolam permintaan hajat yang selama ini tidak pernah dibersihkan selama 14 tahun!

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

Kolam permintaan hajat ini dilengkapi dengan air terjun buatan dengan ketinggian 9 meter di dalam muzium di pusat pelancongan itu. 

Tetapi, selepas dibersihkan oleh para pekerjanya ketika pusat pelancongan itu terpaksa ditutup kerana wabak COVID-19, mereka mendapati bahawa jumlah wang syiling yang terkumpul di dasar kolam permintaan hajat itu sudah terlalu banyak sehingga mencecah berat 400 kilogram semuanya!

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

Para pekerja yang membersihkan kolam berkenaan mengambil masa selama 4 jam untuk membersihkan dan membungkus kesemua wang syiling yang berada di dalam kolam berkenaan.

Setelah selesai, didapati bahawa kesemua wang syiling itu telah memenuhi sebanyak 9 buah kotak besar dan tanpa membuang masa, pihak pengurusan NC Aquarium segera membawa kesemua wang syiling itu ke bank tempatan untuk diasingkan.

NC Aquarium at Pine Knoll Shores/Facebook

Nampaknya, wang syiling yang terkumpul itu sedikit-sebanyak dapat membantu pihak pengurusan NC Aquarium ketika pusat pelancongan itu dilanda kesusahan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular