Setiap jenis makanan yang diberikan kepada anak-anak perlu disesuaikan dengan peringkat umur mereka. Pada setiap peringkat umur, ada makanan yang sesuai diberikan dan ada juga yang tidak langsung boleh diberikan terutama kepada bayi dan anak kecil.

Perkara ini sangat penting untuk memastikan kesihatan mental dan fizikal mereka berkembang dengan baik terutama. Jadi, ibu bapa perlu tahu jenis-jenis makanan yang tidak sesuai dengan anak kecil mereka.

Public Health Malaysia/Facebook

Berikut adalah 7 jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diberi kepada bayi dan kanak-kanak kecil:

1. Garam

Gambar Hiasan/Unsplash

Garam adalah antara makanan yang tidak boleh diberikan kepada bayi kerana bimbang ia akan menjejaskan kesihatan buah pinggang.

Jadi, makanan yang mengandungi garam yang tinggi seperti kentang goreng, makanan ringan, makanan segera dan apa sahaja makanan luar yang tidak sihat sememangnya tidak baik dan perlu dielakkan. Lagipun kita sendiri tidak tahu sebanyak mana kandungan garam yang ada di dalam makanan-makanan itu.

2. Gula

Elakkan bayi anda daripada makan atau minum sesuatu yang manis kerana mereka sebenarnya tidak memerlukan gula tambahan. Jangan berikan jus buah atau minuman kultur kepada mereka. Langkah ini juga dapat mengelakkan gigi mereka daripada rosak pada awal usia.

3. Lemak Tepu

Makanan tinggi lemak tepu sememangnya tidak baik untuk jantung dan salur darah. Jadi, elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak.

4. Madu

Gambar Hiasan/Unsplash

Madu sememangnya mempunyai khasiat semula jadi yang baik untuk kesihatan. Namun madu bukanlah makanan yang sesuai buat bayi. Hal ini kerana kadangkala madu mengandungi bakteria yang boleh merembeskan toksin dan akan menyebabkan botulism kepada anak kecil. Keadaan ini sangat merbahaya kepada mereka.

Jangan berikan madu sehingga anak kecil anda mencapai umur 1 tahun. Madu juga sejenis gula yang boleh merosakkan gigi. Jadi, elakkan beri kepada bayi anda.

5. Kekacang

Gambar Hiasan/Unsplash

Kekacang juga merupakan makanan yang sihat namun tidak sepatutnya diberikan pada kanak-kanak bawah 5 tahun. Hal ini kerana terdapat banyak kes tercekik dilaporkan.

Jika anda mahu berikan kacang kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas, pastikan ianya dihancurkan terlebih dahulu. Pastikan juga anak kecil anda tiada alergik dengan kekacang.

6. Telur mentah

Bayi sebenarnya boleh mula mengambil telur sebagai makanan seawal usia 6 bulan. Namun pastikan ianya dimasak sepenuhnya.

Bakteria salmonella yang ada pada telur boleh menyebabkan keracunan dan lebih parah lagi ia boleh membawa kepada kematian. Bakteria hanya akan mati jika dimasak sepenuhnya.

7. Makanan laut bercangkerang

Gambar Hiasan/Unsplash

Makanan laut yang bercangkerang seperti kerang, kepah, kupang, tiram dan sebagainya boleh diberikan kepada anak kecil dengan syarat ianya dimasak sepenuhnya.

Makanan laut seperti ini tidak boleh dimakan mentah atau kurang masak kerana boleh menyebabkan keracunan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular