Ajal boleh menjemput bila-bila masa sahaja. Seorang penebang pokok di Rembau difahamkan tiba-tiba terkulai kaku di atas pokok bidara setinggi 30 meter.

Mangsa, Awaludin Kaman yang berusia 68 tahun pada jam 3:00 petang pada ketika itu difahamkan sedang bertugas untuk menebang pokok di rumah penduduk di Kampung Kundur Hilir.

Mangsa kemudian dibawa turun oleh pasukan bomba kira-kira dua jam selepas menerima panggilan. Menurut rakan sekerja mangsa, Uwish Kurni Mohd Mahfuz, mangsa berada di atas pokok.

Sementara dirinya berada di bawah. “Ikutkan kami dah lama tak bersama-sama tebang pokok. Cuma pagi tadi Cik Y beria ajak saya menemaninya tebang”, cerita Uwish yang memanggil mangsa, Cik Y.

Foto hiasan/Wikipedia

Menurut Uwish, pokok berkenaan merupakan pokok bidara ketiga yang dipotongnya pada hari kejadian.

“Bila saya lihat Cik Y tiba-tiba senyap dan terkulai di celah dahan pokok, saya segera panjat dan mengikatnya kerana bimbang Cik Y akan jatuh”.

Kemudian, Uwish meminta bantuan pihak bomba. Seorang lagi rakan mangsa, Mohd. Hafizuddin Rozaimi berkata bahawa mangsa yang dipanggilnya ‘atok’ sempat bergurau dengannya.

“Kau belajarlah cara panjat pokok ini, nanti boleh ganti”, kata mangsa padanya. Tidak lama selepas itu, mangsa senyap sahaja walaupun dipanggil berulang kali.

Kosmo

“Tak sampai seminit, Uwish panjat pokok ini dan terpaksa mengikatnya kerana bimbang Atok tak sedarkan diri di atas pokok lalu terjatuh”, kata Hafizuddin.

Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian. Usaha membawa turun mangsa memakan menggunakan tali penyelamat memakan masa selama dua jam.

“Sebaik sahaja diturunkan, pasukan paramedik telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia”, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam mengatakan bahawa mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.

Kes berikut menurut beliau diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular