Bayangkan kekecewaan dan ketidakadilan yang dialami oleh rakyat Malaysia ini ketika dia mengetahui bahawa seorang menteri dalam semua kalangan orang, dengan selambanya melanggar atau ingkar prosedur kuarantin mandatori ketika orang lain mengorbankan hal terpenting dalam hidup untuk akur mematuhi tempoh itu, demi menjaga keselamatan orang lain.

Ekoran pengumuman bahawa Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali tidak mematuhi peraturan kuarantin mandatori COVID-19 yang wajib dilakukannya setelah beliau pulang dari Turki, seorang lelaki telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia itu di Petaling Jaya pada 19 Ogos.

Lelaki berkenaan, Mohd Aslam bin Ahmad Ramli sangat kecewa dengan tindakan menteri terbabit yang dengan sewenangnya melanggar arahan tempoh kuarantin mandatori. 

@edryfaisal/Twitter

Ini kerana Aslam sendiri menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari walaupun disahkan negatif untuk ujian swab peringkat awal.

Aslam berkongsi arahan wajib Kementerian Kesihatan Malaysia agar dia menjalani kuarantin mandatori 14 hari di akaun Twitter miliknya.

Selama dalam tempoh 14 hari ketika terus akur menjalani kuarantin, ayah Aslam telah meninggal dunia pada 4 Mei di Kedah dan dia tidak dapat pulang menemui arwah ayahnya buat kali terakhir, menyebabkan dirinya benar-benar berasa kecewa dan sedih.

@aslamramli/Twitter

Berikutan itu, Aslam benar-benar kesal dengan sikap menteri tersebut yang tidak serius untuk menjalani tempoh kuarantin wajib dengan memainkan peranannya sebagai penggubal undang-undang dan wakil rakyat.

Datuk Mohd Khairuddin sepatutnya memberikan contoh teladan yang baik kepada rakyat.

Aslam menulis dalam laporan polis yang dibuatnya, “Sebagai warganegara Malaysia, saya telah mengikuti tempoh kuarantin mandatori dan merasakan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap menteri demi kepentingan kesihatan awam, dan untuk membantu barisan hadapan dalam perjuangan mereka menangani virus COVID-19.”

Seterusnya, Aslam turut merujuk pemilik Nasi Kandar dalam kluster Sivagangga dan kejadian ‘Mak Cik gelang pink’ di mana kedua-duanya yang pada mulanya diuji negatif untuk COVID-19 pada ujian peringkat awal tetapi disahkan positif dalam ujian kedua yang telah menyebabkan mereka menyebarkan virus. 

Kedua-duanya secara tidak bertanggungjawab telah melanggar tempoh kuarantin dengan mendedahkan orang awam dan kontak rapat mereka akan risiko djangkiti COVID-19.

Aslam menyeru supaya menteri terbabit dikenakan hukuman yang sama dengan kedua-dua kes yang disebutkan ekoran tidak mematuhi arahan menjalani tempoh kuarantin mandatori 14 hari.

Aslam turut menulis dalam laporan polisnya, “Sikap tidak acuh dan tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin terhadap keselamatan dan kesihatan awam harus dipandang serius. Tindakan undang-undang mesti diambil.”

Laporan polis tersebut telah dibuat pada jam 4.50 petang, 19 Ogos 2020 di Balai Polis Sea Park, Kelana Jaya. Aslam diiringi wakil rakyat, ADUN Dusun Tuan, Edry Faizal dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular