Pada tahun 2006, seorang jururawat di Shenyang, Liaoning yang merupakan bekas isteri kepada seorang pakar bedah di Hospital Sujiatun Thrombosis di Shenyang memberikan keterangan di Washington DC, Amerika Syarikat.

Menurutnya, kornea mata kira-kira 2,000 pengamal Falun Gong telah diambil secara paksa, pada ketika mangsa masih lagi hidup di ruang bawah tanah di Sujiatun – lokasi di mana sebilangan besar pengamal Falun Gong ditahan.

Tahun ini, seorang wanita berketurunan Tionghua bernama Aili memberi keterangan di AS menerusi program ‘Luther Times’. Dedah Aili, pada tahun 2006, seramai 37 pesakit dari Arab Saudi di Hospital Tianjin TEDA ‘menerima’ organ daripada penduduk Xinjiang.

Aili mengatakan bahawa pengalaman ini dan penghakiman Mahkamah Rakyat Bebas Britain membuatnya menyedari bahawa memang benar bahawa organ pengamal Falun Gong telah diambil, lalu mereka dibunuh.

The Epoch Times

Pada tahun 2006, pemindahan organ oleh Parti Komunis China (PKC) pertama kalinya didedahkan pada masyarakat antarabangsa.

Dalam tempoh 14 tahun kebelakangan ini, semakin banyak saksi dan bukti muncul selain ia disokong dengan laporan penyiasatan yang menuduh PKC mengambil organ daripada pengamal Falun Gong.

Waktu menunggu untuk 37 pemindahan hati paling singkat adalah kurang daripada sebulan.

Pada 19 Januari 2020, Aili menceritakan bahawa dia telah menemani seorang rakan dari Arab Saudi ke Hospital Tianjin TEDA untuk melawat pesakit dari negara yang sama. Dia mendapati bahawa seramai 37 orang pesakit dari Arab Saudi telah menjalani pemindahan hati di hospital itu.

Berikut merupakan perbualan antara Aili dan rakannya :

Aili : Berapa lama kamu tunggu untuk organ itu?

Jawapan : Paling lama adalah 6 bulan dan paling singkat, kurang daripada sebulan.

Aili : Kenapa kamu pilih orang Xinjiang?

Jawapan : Mereka (orang Arab Saudi) mahukan organ yang ‘halal’. (Nota : Kebanyakan orang Uighur adalah Muslim).

Berbeza dengan sistem pendermaan organ sukarela PKC yang masih diperingkat awal, ternyata sistem pendermaan di AS adalah jauh lebih baik.

Pada masa ini, lebih 156 juta orang Amerika telah bersetuju untuk mendermakan organ selepas mereka mati.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Xinhuanet dari PKC pada tahun 2018, masa menunggu pemindahan hati di China adalah 27.5 hari, jauh lebih singkat daripada 120 hari (kira-kira 4 bulan) di AS.

Waktu menunggu organ yang singkat di China telah menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Pendedahan Aili telah mencetuskan kesedaran. Dia mula menyedari akan kebenaran bahawa sememangnya organ pengamal Falun Gong telah diambil secara paksa ketika mereka masih hidup.

“Saya tidak mempercayainya namun jika kamu melihat penghakiman di Mahkamah Rakyat Bebas Britain, kamu akan sedar. Ianya adalah benar”.

Penghakiman oleh Mahkamah Rakyat Bebas Britain

Pada bulan Mac 2020, Mahkamah Rakyat Bebas di London, United Kingdom (UK) telah mengeluarkan penghakiman tertulis terakhir, yang menyimpulkan sebagai berikut:

“(Seperti yang dijamin oleh doktor dan hospital PKC) waktu menunggu untuk pemindahan organ sangat pendek;

Pengamal Falun Gong dan Uighur diseksa;

Terdapat sejumlah besar bukti terkumpul bahawa sistem pendermaan organ sukarela yang baru-baru ini dibentuk oleh China (PKC) tidak dapat memberikan jumlah organ yang diperlukan untuk operasi besar-besaran seperti itu;

Pembinaan sejumlah besar infrastruktur pemindahan organ, latihan dan simpanan kakitangan perubatan profesional telah dimulakan lama sebelum sistem pendermaan organ dimasukkan ke dalam agenda;

Dan berikut merupakan kesimpulannya :

“Pengambilan organ manusia secara paksa telah dilakukan secara besar-besaran di seluruh China selama bertahun-tahun dan pengamal Falun Gong adalah salah satu daripada mereka –  mungkin sumber utama organ manusia.

Penganiayaan dan pemeriksaan perubatan yang difokuskan pada penduduk Uighur agak terkini”.

Hakim yang mengetuai mahkamah adalah Sir Geoffrey Nice QC, Penasihat Permaisuri. Beliau mengetuai pendakwaan bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

CNN melaporkan mengenai 37 orang Arab Saudi telah yang pergi ke Tianjin untuk menjalani pembedahan pemindahan hati dan menyebut keputusan Mahkamah Bebas Rakyat Britain.

“Mahkamah (Rakyat Bebas Britain) juga mendapati bahawa minoriti agama adalah sasaran pendermaan organ paksa ini.

Pengamal Falun Gong dan Muslim Uighur kemungkinan besar akan dianiaya. Mereka adalah tahanan yang tidak melakukan mereka apa-apa jenayah”.

PKC menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap jenayah “pengambilan organ hidup”

Mengenai operasi pemindahan hati di Tianjin, seorang netizen bernama Sulaiman Gu meninggalkan komen, “Mangsa tidak mempunyai tulang, manakala organ mereka pula dipasang pada ‘rakan antarabangsa’.

“Bukankah itu menjadi ‘pelincir’ kepada inisiatif One Belt One Road?”, di mana komen itu kemudian dicetak semula oleh laman web Jerman, Berlinerbericht.de.

Setelah PKC menganiaya pengamal Falun Gong pada tahun 1999, kedatangan orang asing yang memasuki China untuk pemindahan organ, melonjak.

Pada tahun 2004, Sanlian Life Weekly melaporkan bahawa puluhan ribu pesakit luar daripada negara masuk ke China untuk pemindahan organ hanya dalam beberapa tahun.

Pada waktu yang sama, PKC juga menggunakan inisiatif “One Belt, One Road” untuk ‘membersihkan’ jenayah pemindahan organ pada pandangan masyarakat antarabangsa.

Pada 2 Julai 2018, semasa Persidangan Pemindahan Organ Sedunia ke-27 di Madrid, Sepanyol, Pusat Penyelidikan Penuaian Organ China (COHRC) mengeluarkan laporan penyelidikan bertajuk “PKC terus berterusan ‘bersembunyi’ di bawah pembaharuan – Pengambilan organ secara paksa”.

Laporan tersebut tidak hanya menegaskan bahawa PKC terus menuai organ secara paksa daripada pengamal Falun Gong dalam skala besar, malah turut menggunakan inisiatif “Belt and Road” dan memperluas perjanjian perkongsian organ dengan wilayah lain untuk melibatkan masyarakat antarabangsa dalam jenayah pengambilan organ secara paksa.

Penganiayaan terhadap penduduk Xinjiang berasal daripada penganiayaan terhadap Falun Gong

Aktiviti pengambilan organ oleh PKC terhadap penduduk Xinjiang berpunca daripada penganiayaan PKC terhadap Falun Gong.

Pada bulan Oktober 2019, Sarah Cook, seorang penyelidik kanan di Freedom House (sebuah NGO terkenal di AS), menyatakan bahawa kebanyakan kaedah penganiayaan yang digunakan oleh PKC di Xinjiang berasal daripada penganiayaan PKC terhadap Falun Gong.

Pada 9 Julai lalu, Chen Quanguo selaku Setiausaha Jawatankuasa Parti Xinjiang yang telah dikenakan sekatan oleh AS kerana terlibat secara langsung dalam penganiayaan terhadap Falun Gong sebelum dia dipindahkan ke Xinjiang.

Ketika Chen menjadi gabenor wilayah Hebei sejak Januari 2010 hingga Ogos 2011, ramai pengamal Falun Gong diseksa hingga mati – termasuklah Wu Zhijin, seorang guru tadika di Kota Sanhe, Hebei.

Dan juga Hu Lianhua, seorang guru di Sekolah Rendah Jiangjun, Kampung Han yang terletak di daerah Yanshan, wilayah Hebei.

Pada 20 Julai lalu, Robert Destro selaku Penolong Setiausaha Negara (Hak Asasi Manusia, Demokrasi, dan Hal Ehwal Buruh) di Jabatan Negara AS, bertemu dengan lima wakil Falun Gong.

Ia turut disertai oleh Duta Besar Negara untuk Kebebasan Beragama Antarabangsa, Samuel Brownback, secara dalam talian.

Destro dan Brownback bertanya secara terperinci mengenai penganiayaan terhadap Falun Gong serta memberi perhatian khusus kepada pengambilan organ dan kesan Undang-Undang Keselamatan Nasional di Hong Kong terhadap pengamal Falun Gong di sana.

Brownback turut mengatakan bahawa PKC yang pada mulanya menganiaya pengamal Falun Gong, kemudian turut menggunakan kaedah yang sama untuk menganiayai kumpulan lain.

Suruhanjaya Antarabangsa Kebebasan Beragama AS : Sekatan ke atas mereka yang memberi kuasa dan mengambil bahagian dalam pengambilan organ hidup

37 orang warga Arab Saudi yang pergi ke Tianjin untuk menjalani pemindahan organ hanyalah ‘sebilangan kecil’ yang hanya kita ketahui tentang pengambilan organ manusia secara besar-besaran selama ini.

Menurut penyelidikan oleh Organisasi Antarabangsa untuk Penyiasatan Penganiayaan Falun Gong (Wanita Antarabangsa) pada tahun 2014, terdapat sekurang-kurangnya 13 hospital dan 187 anggota perubatan dalam sistem bukan ketenteraan di Tianjin, disyaki mengambil organ daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup.

Pada tahun 2016, bekas Setiausaha Negara Kanada untuk kawasan Asia dan Pasifik, David Kilgour, bersama wartawan penyiasatan kanan Ethan Gutmann dan peguam hak asasi manusia Kanada, David Matas mengeluarkan laporan di Washington DC.

Menurut laporan mereka, jumlah operasi pemindahan organ di China adalah sekitar 60,000 -100,000 setiap tahun dan mungkin mencapai hingga 1.5 juta sejak tahun 2000 hingga 2016. Sumber utama organ adalah daripada pengamal Falun Gong.

Pada 19 hingga 25 Jun lalu, seorang warga China yang pulang dari Jepun, Sun Lingling telah menerima empat hati yang sesuai untuk menjalani pemindahan organ.

Sun hanya perlu menunggu organ kedua dalam masa hanya tiga hari. Manakala organ ketiga dan keempat pula dalam masa enam hari sahaja.

Enver Tohti Bughda, seorang doktor Xinjiang yang mempunyai pengalaman dengan operasi pengambilan organ PKC mengatakan pada perhimpunan Falun Gong di UK tahun lalu bahawa PKC adalah ‘hantu’ dan meminta dunia untuk menghapuskan rejim PKC yang jahat.

“Sepuluh tahun telah berlalu, berapa banyak nyawa yang tidak bersalah telah terkorban? Sekiranya anda boleh, tolong berdiri dan katakan sesuatu! Sekiranya anda boleh, tolong lakukan sesuatu!”.

“Kami mahu katakan kepada dunia : Bangun! Hadapi kejahatan ini dan hapuskannya”.

Mengenai kejadian pengambilan organ yang mencurigakan di China baru-baru ini, Gary Bauer, anggota Jawatankuasa Antarabangsa untuk Kebebasan Beragama AS, mengatakan kepada Epoch Times :

“Untuk PKC terus mengumpulkan tahanan termasuklah pengamal Falun Gong, laporan pengambilan organ secara paksa ternyata sangat memberi kesan kepada Jawatankuasa Amerika Syarikat mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF)”.

Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat adalah agensi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang bebas. Masyarakat Amerika arus perdana percaya bahawa cadangan suruhanya ini adalah standard untuk menilai kebebasan beragama.

Bauer turut mencadangkan agar pemerintah AS harus bersedia untuk mengadakan sekatan.

“Jabatan Negara AS dan Jabatan Perbendaharaan harus bersedia untuk mengenakan sekatan yang disasarkan kepada mana-mana pegawai, doktor atau institusi China yang telah memberi kuasa atau mengambil bahagian dalam pengambilan organ paksa”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular