Memandu di bandar yang sesak dengan kenderaan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilalui. Tambahan pula jika kita berdepan dengan pemandu yang gemar memandu sesuka hati tanpa menghiraukan peraturan jalan raya.

Bagaimanapun, sebuah video rakaman kamera papan pemuka kereta yang menunjukkan sebuah kereta Mazda CX3 yang dipandu secara melulu telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan kelegaan ramai.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Menerusi video yang dikongsikan oleh laman kumpulan Roadblock JPJ/Polis di laman Facebook, kejadian yang berlaku pada 19 Ogos kira-kira jam 8:30 pagi itu merakamkan tindak-tanduk kereta Mazda CX3 yang pada mulanya dikesan memandu di laluan kecemasan di bahagian sisi jalan raya yang sesak.

Kereta itu bagaimanapun tidak terus melalui laluan kecemasan itu sehingga ke penghujung jalan, sebaliknya, pemandu kereta itu memutuskan untuk segera masuk ke laluan jalan yang betul dengan terburu-buru.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Tidak lama kemudian, pemandu kereta itu sekali lagi dengan terburu-buru masuk ke laluan jalan yang paling kanan, iaitu di hadapan kereta yang merakam tindak-tanduknya.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Bagaimanapun, nasib yang disangkakan telah selamat rupanya hanya bayangan, tidak lama kemudian, seorang anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas di jalan raya berkenaan rupa-rupanya telah menyaksikan semua kelakuan pemandu kereta Mazda CX3 berkenaan.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Walaupun sudah cuba ‘bersembunyi’ di laluan jalan yang paling kanan, pemandu kereta berkenaan tetap tidak dapat melarikan diri apabila anggota polis berkenaan telah berdiri di tengah-tengah kesesakan jalan raya dan memanggil kereta itu untuk pergi ke laluan kecemasan itu semula untuk disoal-siasat.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Rakaman video yang dimuat naik ini ternyata telah menarik perhatian ramai dan membuatkan ramai warganet meninggalkan komen tentang insiden yang agak memuaskan hati ini.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuat naik pada petang 19 Ogos ini telah pun meraih sehingga lebih dari 17,000 reaksi dan lebih dari 1,500 komen.

Roadblock JPJ/Polis/Facebook

Ingatlah ketika memandu bahawa bukan kita sahaja yang menggunakan jalan raya, masih ramai lagi yang menggunakannya. Oleh itu, pandulah dengan berhati-hati dan sentiasa bertimbang-rasa kepada pengguna jalan raya yang lain!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular