CHINA – Banjir di Lembangan Sungai Yangtze telah berlangsung selama tiga bulan pada tahun ini dan masih tiada lawatan dilaporkan daripada wakil pemimpin tertinggi Parti Komunis China (PKC) di lokasi berkenaan.

Walaupun banyak tempat di Sichuan mengalami banjir namun Xi Jinping sebaliknya hanya melawat dan memeriksa ke wilayah Anhui, di mana lokasi banjir telah pun reda.

Beberapa hari yang lalu, netizen mendedahkan bahawa ‘mangsa’ wanita yang dikunjungi oleh Xi Jinping di Anhui sebenarnya adalah pegawai Biro Keselamatan Awam Tempatan, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Berdasarkan foto yang dikeluarkan oleh Xinhua News Agency pada 18 Ogos, sewaktu Xi Jinping memimpin sekumpulan pegawai untuk memeriksa Kampung Limin, di wilayah Anhu, beliau dilihat berinteraksi dengan seorang wanita.

NTDTV

Kampung tersebut difahamkan terletak di kawasan tadahan banjir Mengwa dan pernah dilanda banjir daripada aliran sungai di tebing Wangjiaba pada akhir Julai lalu.

Setelah lawatan Xi Jinping, seorang netizen memuat naik foto yang membuktikan bahawa ‘mangsa’ banjir berkenaan adalah watak yang dimainkan oleh Yan Jing iaitu timbalan kapten Briged Keselamatan Biro Awam Wilayah Funan.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita memakai pakaian seragam keselamatan awam PKC, yang sedang bercakap di sebuah perjumpaan di Funan Rural Commercial Bank.

Tanda nama padanya jelas ‘Yan Jing’ manakala tanda di belakang tempat duduknya juga jelas tertera dengan tulisan ‘Funan Rural Commercial Bank’. Fizikal dan penampilan pegawai itu persis dengan ‘mangsa’ yang dimaksudkan.

NTDTV

Menurut maklumat awam daripada dalam talian, Yan Jing kini merupakan timbalan kapten Briged Keselamatan Awam daerah Funan. Januari lalu, Yan Jing turut dilantik sebagai timbalan ketua pasukan untuk Kumpulan Keselamatan Pekerjaan Organisasi Keselamatan Awam, Organisasi Keselamatan Berpusat.

Di internet, foto Yan Jing pernah menimbulkan keresahan orang ramai apabila netizen menuduh pegawai tempatan telah menipu Raja. Tetapi sebilangan orang pula berpendapat bahawa pejabat rasmi PKC kerap melakukan perkara sebegini.

Dan adalah mustahil jika pemimpin tertinggi PKC tidak mengetahui bahawa seluruh pihak bekerjasama untuk menipu sebegini.

Radio Free Asia memetik analisis yang mengatakan, ia adalah fenomena biasa bagi pegawai tempatan PKC untuk ‘berlakon’ dalam aktiviti lawatan pemimpin tertinggi PKC seperti ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali pemimpin tertinggi PKC yang mengunjungi mana-mana tempat, pasti akan memperlihatkan situasi yang sama sebegini.

Agensi Berita Pusat juga memetik komen netizen bahawa ketika pegawai tinggi PKC memeriksa lokasi, khidmat pegawai yang setia dan boleh dipercayai akan digunakan agar proses itu berjalan dengan lancar.

Konflik yang berlaku antara pegawai dan rakyat di China tidak pernah terjadi sebelum ini. Ketika pemimpin tertinggi mereka sedang melawat atau memeriksa sesuatu kawasan, jalan akan disekat untuk memastikan keselamatan pemimpin mereka.

Semasa Xi Jinping melawat komuniti Wuhan pada tahun ini, setiap bangunan kediaman di sepanjang jalan dilengkapi dengan dua petugas polis yang akan memasuki rumah untuk kerja pengawasan. Sejumlah besar penembak tepat akan ditempatkan di atas bumbung bangunan.

Netizen juga berspekulasi pada waktu itu bahawa ketika ada penjaga keamanan awam yang ditempatkan di setiap rumah, sasaran utama penembak tepat seharusnya pada polis berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular