KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 81 tahun dipukul oleh beberapa orang pengunjung masjid apabila melihat dia masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat dengan memakai gelang berwarna merah jambu. Kejadian tersebut berlaku pada 19 Ogos lalu apabila dia dikasari tanpa sempat menerangkan hal sebenar.

Lelaki tua yang hanya mahu dikenali sebagai Razak itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Razak sebenarnya pernah dirawat di hospital kerana mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas, bukan kerana COVID-19. Dia dikeluarkan dari hospital pada Selasa, 18 Ogos.

Info Roadblock JPJ & Polis/Facebook

Namun begitu, dia lupa untuk membuka gelang tangan berwarna merah jambu itu sehingga menimbulkan salah faham dan kekecohan.

Razak kemudian pergi ke balai polis Sentul untuk membuat laporan dan di situ sekali lagi berlaku salah sangka apabila polis yang bertugas di kaunter pertanyaan mendapati dia menunjukkan simptom COVID-19. Razak kelihatan mengalami masalah pernafasan dan batuk ditambah lagi dengan gelang yang dipakainya menunjukkan dia baru keluar dari hospital.

Mereka kemudian segera menghubungi ambulans dan kakitangan hospital datang dengan menggunakan Alat Pelindungan Diri (PPE) membawa Razak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata pihaknya mengambil inisiatif untuk menutup balai polis itu sementara menunggu keputusan daripada pihak HKL.

Sementara itu, semua anggota balai polis diberitahu untuk tidak meninggalkan premis dan usaha membersihkan bangunan segera dilakukan.

Info Roadblock JPJ & Polis/Facebook

Pihak HKL kemudian mengesahkan bahwa Razak bukan pesakit COVID-19. Dia hanyalah pesakit biasa yang pernah mendapatkan rawatan di hospital itu. Dia kemudian dibawa pulang oleh anak perempuannya yang datang menjemputnya di hospital.

Shanmugamoorthy berkata, balai polis juga beroperasi semula pada jam 4 petang hari itu setelah mendapat pengesahan dari hospital.

Info Roadblock JPJ & Polis/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular