Jenazah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di perkampungan di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan ‘hidup’ semula selepas disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Kanak-kanak berkenaan, Siti Masfufah Wardah, dimasukkan ke hospital ekoran masalah diabetes dan komplikasi organ. Siti Masfufah yang dibawa ke hospital pada 18 Ogos lalu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang pada hari yang sama.

detik.com

Menurut laporan Kosmo, Siti Masfufah dikesan ‘bernafas’ semula setelah jenazahnya dibawa pulang ke rumah untuk dimandikan dan insiden ini semestinya telah menggemparkan penduduk kampung termasuklah ahli keluarga Siti Masfufah.

Bagaimanapun, selepas Siti Masfufah diberikan bantuan pernafasan dan oksigen selama satu jam oleh anggota perubatan, kanak-kanak perempuan itu sekali lagi telah disahkan meninggal dunia.

detik.com

Insiden ini bagaimanapun bukanlah suatu situasi yang jarang berlaku dan insiden ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti tekanan yang terkumpul di bahagian dada jenazah ketika bantuan pernafasan dibuat. 

Selain itu, faktor hiperkalemia atau kadar kalium yang tinggi dalam darah juga boleh menyumbang kepada insiden ‘mati hidup semula’ ini yang turut dikenali sebagai sindrom Lazarus atau return of spontaneous circulation (ROSC).

Berdasarkan laporan perubatan, 82% kejadian sindrom ini berlaku selepas 10 minit seseorang itu disahkan meninggal dunia selepas mendapat bantuan pernafasan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular